25 April 2009

Tahap primo..



Selamat buat semua...
Buongiorno le mie amiche.Align Center
Semalam insegno ke sekolah meninjau-ninjau keadaan. Insegno n ija dapat ajar sesi petang while has n erna pulak sesi pagi. Diorg maths n kimia, so disebabkan kimia itulah mereka kena ajar sesi pagi untuk pelajar Form 4 n Form 5. Form yg lain sesi petang.

Hari Jumaat budak2 lelaki pakai sampin biru aquamarine. Hensem n segak nampaknya. Setiap hari Rabu adalah hari ko-k, semua pelajar n guru perlu pakai pakaian beruniform masing2. Khamis, batik.




Setiap Isnin akan ada meeting bersama guru panitia masing2 tentang hal2 terkini mengenai perancangan minggu itu.

Since insegno kena ajar Form 2, subjek sains 5 waktu n matematik 5 waktu hati ini berdebar2. Apa yg terlintas di fikiran- buku teks, buku rujukan dll. Sekolah x dapat sediakan buku teks n i have to buy them on my own.

Kami ditempatkan di Bilik Sumber guru bersama GSTT- Guru sandaran x terlatih n guru sandaran. Guru2 lain semua mengajak kami duduk di bilik guru, tapi dah penuh... Senang ckit nak bincang kalo dok skali...

Pelajar? Mereka bercakap dengan guru seperti kawan2 sendiri. Mesra. Tapi biasalah kan, budak2 kalau tgk ada org yg pelik sikit, semua tengok2, pastu ckap2... X pelah dik, nti 4 Mei ni akak masuk la kelas korang ek hihihi...

Pada hari yg sama ada perlawanan Hoki peringkat daerah kategori perempuan.




The school win
... Everybody feel proud. So do I...



What to say? Sekolah tu adalah Sekolah Harapan Negara peringkat negeri selangor. They want to be sekolah cemerlang in 2010. Very ambitious teacher n staff. They work hard, really. The principal was not there-attending some important event i guess.




Principal : Pn. Normah bt Omar.
GPK : Pn. Noraini Ibrahim.
Penyelia ptg : Pn. Noraini Nordin. ( 33 years in this field, um graduate )

Masa kitorg dibawa ke bilik guru oleh Pn. penyelia petg, ada seorg cikgu ni tengah balut kotak dgn kertas kuning.

Pn. Noraini : Buat apa tu cikgu ?
Cikgu : Oh, ni untuk kelas nanti.

Pn. Noraini : Wah, bagus. Kreatif!

Pn. Noraini ni ajar sains, love teaching very much. Beliau sepatutnya bersara, tapi since boleh diteruskan, beliau teruskan perjuangannya. Insegno n ija took her class-easy to manage katanya.

Ramai gak senior SEP kami kat sana. At least we can ask for some help.

Selalunya kalo praktikal kita akan berperasaan begini;

Sebelum : X sabar rasanya nak start praktikal.

Baru start 2 minggu : Mmm...bilalah nak habis ni...

Tinggal 2 minggu : Ala, dah nak habis ke?...

Dah lepas : Mmm... rindunya waktu praktikal...

So, sekarang insegno berada pada tahap pertama hehehe...

Okai, arrivederci. Alla prossima volta!

P/S Boringla harini x ke mana2. K sya n K pinat dah balik Kuantan tadi. Bas 3.30 ptg.


20 April 2009

TERANIAYAKAH ?


Selamat buat semua...

Smalam k sya n k pinat dtg KK3. Erm, bising jgakla kami borak2 semalam sampai terlupa esok pagi rumets nak exam. Sori ye Ecah, Dekdah! Dah lama x jumpa huhuhu...


Sorry ye....

Semalam gak mak kirim baju kurung untuk LM. Yep, baju kurung kena banyak ckit nti x sempat nak rolling2...

Semalam gak lepak kat sahur cafe ngan kengkawan, junior. Cik Khal, Diana, Aini, Jaja, Hasif, Sham and then cik Da. Sume sebok exam harini tapi yup, demi kwan2 kena turun gak.

Sambil tengok 360 kat TV3 yang amat terkesan. Erm, takut sangat kalo anak sendirik jadi camtu. Rasanya perempuan pendera tu maid or penjaga nursery yg x terlatih. Kesian budak tu kena sepak, terajang, pijak dll.


Kalo comeyl camni nak pijak ke?

Itu budak2. Kalo perempuan, mak2, isteri2.....? Tragis2. Mintak simpang la bende2 cenggitu.

aKak Jlo

Bila naik atas tgk 8TV citer aper ntah, tpii Jenifer Lopez la berlakon. Pon citer pasal wanita teraniaya. Pastu citer matahari kat TV3 pulak citer aniaya-menganiaya jugak.
Satu dialog tu cakap,

"Jahat sangat ke aku ni?" Memang jahat pun...

Apa nak jadi ngan dunia ni. Yg kuat tindas yg lemah...kita beringat okeh.

Harini forse nak g mid ngan k sya n k pinat kot. X decide lagi... Pameran Dinosour kat ctu ada lagik ke agak2?

K, kiter jumpa lagik di lain masa kalo ada jodoh.

Arrivederci!



P/S Kepada Y, udah2 le tu tgk TV kat floor kamik. Bersyukur la dgn apa yg ada. Hormatilah sesiapa yg lebih berhak. Kami rasa teraniaya.

18 April 2009

Rejeki Jgn Ditolak-tolak...


Selamat buat semua...

Most of my SEP friends seems to be more excited than before when we meet and keep asking about:

" Which school do you get?"

"How was the pengetua, have you meet her (mostly women) ?"

"How was the school? Population, discipline, Ko-k, facilities bla, bla, bla...."

"Which class are you going to teach?"



Ah, forgot one thing!

"Did you get any rumah sewa?"

"How much is it, expensive?"

According to Nonoi, if you want to find any house to rent it, find on Friday - Berkat.

Bcoz she's got this terrace house, 3 rooms, 2 toilets, 1 living room for only RM70 per person.

Yup, see how much she can save money than me! I think they stay 6 persons in the house. Area Sungai Buloh, coz they get SMK Bukit Rahman Putra, I guess. Correct me if I'm wrong.

But, that is what we call rezeki.



Sometimes it's murah sometimes it's mahal. But we still get the rezeki.

Last night we had the Malam Jambatan Kasih 09 between final years of 3rd college - girls only tau. Love the food, i tapau the sandwiches for my sahur...

Okay, Good luck for your final exam!



Bai bai, Arrivederci le mie amiche !

14 April 2009

Bilik Dah Disewa


Selamat boowat semua...

Donut n Delin- insegno nak tau la sape korang ni... Kalo x keberatan lah...

Hari ni sehari suntuk mencari rumah sewa dekat area Keramat. AU3, Kelumpuk Camar, Taman Keramat sampai ke Rumah lot pun kitorang cari. Penat weh, tapi org2 kat sana memang baik2 coz bila kami tanya,

"Kat sini ada rumah sewa x mak cik?"

"Ada, rumah sebelah mak cik ni. Die datang tiap2 petang kemas2 rumah ni."

"Cuba korang tengok kat bus stop, ada kot dier iklankan"

"Selalunya depan 7-E ada tampal iklan2 tu"

Kitorang ( Nik, Ija, Has n Erna ) carilah iklan2 tu. Skali nampak-



BILIK UNTUK DISEWA. PEREMPUAN SAHAJA. Hubungi 012-xxxxxxx.

Rupanya pak cik ni sewakan rumah tingkat atasnya kat budak2 kolej. Die dok kat bawah dengan mak die. Kira bisnes rumah sewa-lah. Semua ada-TV, Katil double decker, toilet dalam rumah... Happy-lah. lagipun rumah tu sebelah Surau Al-Ihlah, parking banyak...berkat...
Rumah ni dekat dengan jalan besar, ada bas ke SMK Lembah Keramat skali.

Semuanya termasuk api dan air RM150 seorang. Since kitorang nak dok 3 bulan je... pak cik tu x kesah... Okay x agak2? Deposit burn untuk bulan terakhirlah.

Sewa bulan 5= RM150
Sewa bulan 6= RM150
Sewa bulan 7= RM150 ( burn deposit )
TOTAL= RM450. Penginapan sahaja... Mana gue nak cekau duit ni...huhuhu

Yuran praktikal RM350. Makan n tambang lagi...mmm nak dekat RM1 000 untuk LM ini... So, junior-mulalah menabung mulai sekarang tau...

Jumpa pak cik guard-muda lagi. Die cakap,

" Pengetua sekolah ini Pn. Normah - Pengetua cemerlang daerah Gombak."

Mmm...mesti beliau ada higher expectation on us. Sekolah ni ada 2 sesi pagi n petang. Tingkatan 1, 2 dan 4 petang. Selebihnya pagi... Mengikut pengalaman senior, mereka selalunya kena ajar kelas yg x ada exam besar. So, kemungkinan kitorang akan mengajar di sekolah petang.

Mmm....I just hope that I get the best from You, Allah. Harap2 semuanya okay n selamat belaka.



Buat bakal anak2 murid, selamat maju jaya n
we should know and learn from each other okay!
Align Center
Babai, Arrivederci!

P/S.. Tadi first time lalu terowong SMART. Teruk betul gaya memandu org yg berkereta mewah ni kan...sabar je lah...

10 April 2009

Latihan Mengajar

Selamat boowat semua...

Hari ni insegno dapat tau dapat Latihan Mengajar (LM) katne....



Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Keramat ( SMART )
Jalan Enggang Timur 4, Taman Keramat, 54200 Selangor Darul Ehsan.



Harap2 bebudaknya okay n dipermudahkan segala urusan AMIN.

Mmm... sebenarnya x tau nak cakap apa... Ada kawan2 yg dapat sekolah yang di luar jangkaan... SMJK, boarding school-SMK Alam Shah, St. John, Victoria institution...

Sekolah2 bagus, guru kena bagus. Sekolah2 itu perlu guru yg amat dedikasi, study lebih... make challenging environment n work drill n practice. They really concern the academic achievement...

While the school of mine, based on my study just now:

  1. Very active n good with their kawad kaki. St John, Puteri Islam...
  2. Bola tampar also...
  3. More women MT's
  4. Ada penyelia petang...maksudnya petang still got activities-loh!
  5. Veeeerrry gooood facilities. Especially in their ERT- Living skill room. Dengan mesin jahit, mesin jahit tepi, pengadun kek stainless steel...kooperasi macam mini market etc.
  6. The energetic student.
  7. Have myspace, friendster n own website.
  8. At the middle of SRK Tmn Keramat 2 n SRA integrasi.
  9. Start 1979.
My penyelia, Dr Chandran Somasundram-ISB lecturer-Plant Specialist.

Hope that everrything will flow smooth n steady... Insyaallah!

Baibai, Arrivederci! Tiamo Tanto!

08 April 2009

Jangan Tengok Kosong!

Selamat booowat semua...Sihat?

Apakah korang bernasib malang hari ini?

  • Kena tinggal bas rapid.
  • Tersalah beli sandal-x selesa bila dipakai...
  • Lambat dapat gaji.
  • Enjin bas T632 mati scr tiba2...
  • Tunggu bas lama...
  • Hujan, sandal masuk air-tercabut tengah jalan.
  • Color baju turun kat kain putih, susah tanggal.
  • Tertinggal assignment.
  • X de apa2 nak buat.
  • Berebut siaran TV.
  • X tau duit habis beli apa sem ni...
  • PA busy, susah nak cari....
Itu antara contoh2 yg insegno dapat pikir buat masa ni... Apa2pun, JANGAN PANDANG KOSONG perkara seperti ini...

Ia membuatkan kita berfikir tentang pro dan conts. Sebab dan akibatnya bergantung kepada kita...

Mungkin sebab aku kurang bersyukur dengan apa yg ada...
Mungkin aku selalu merungut...
Allah nak ajar aku bersabar...
Mungkin aku kurang mengingatiNya...
Mungkin aku kena berjimat...
Ada dosa2 kecil yg nak ditebus kot?
Aku kena pandai buat keputusan lepas ni... jgn redah je...
Bertimbang rasa dan bertenang menggambarkan kematangan...

Cakap pasal kematangan, insegno pernah tengok suatu insiden yg x patut berlaku kot...

Pada suatu hari, ada la budak lelaki cute miut ni datang ngan mak die. Tunggu bas nak g Mid kot. Budak ni boring la ckit...tgu bas lama...So, die main la dengan kucing kat situ. Budak, kalo tengok kucing mestila dikejarnya kan? Mak die puas dah larang...tapi nama pun budak2.


Budak ni main ludah2 ngan kucing tu... Sekali ludah budak tu terkena tangan sorang customer Burger Otai kat situ. Customer lelaki, student kot sebab die bawak backpack. Marah la die ni...muka marah die tok sah cakap la...masam giler macam nak wrestling n makan budak tu jadi daging burger je...

Rasanya budak tu x sengaja... Yg mak die pulak boleh buat derk je. Mmm... cane tuh?

Kalo mak Shin Chan, die akan tunduk mintak maaf kat student tu...


Siapa yg x matured? Ingat, jangan pandang kosong!

Kalau nak jadi seorang yg kreatif, rahsianya jangan pandang kosong... Keep asking why, why and why...

Sekarang ni kilat sabung-menyabung kat KK3. Budak darjah 3 ada belajar macam mana nak tau jarak kilat itu dengan kita...x silap insegno 2.7 km darab dengan berapa saat bunyi kilat tu sampai kat kita...

Semoga kita menjadi masyarakat yg berfikir...

Babai, A presto mia amica!

05 April 2009

Peristiwa Bersejarah...

Selamat buat semua...

Mmm... hari minggu ini agak membosankan. Bagi kaki jalan mcm insegno ni, dapat g midvalley pun jadikla...( kalo korang ada tahi lalat dekat kaki-mesti kuat jalan )


"Kenapa x g jer? Tambang singgit...Dekat lak tu..."

"dah 4 tahun-tempat yg sama-boring gak..." Orang kata kalo hati dah x nak, buat camne pun tetap x nak...macam2...


Harini Bunkface datang 11th RC. Fiesta Kuaz untuk Battle of the Band-stat pukul 9 malam. Semalam n harini ada Pesta Pemakanan Seimbang kat Midvalley sempena Hari Pemakanan Sihat...

Sape2 yang nak buat Sem Khas, esok-6th April jadual kuar. Register online pulak 13th April.


Apa lagi ek...Ha, semalam Najib datang Kerinchi-rugi rasanya x g tengok. Tapi x pe, beliau akan datang sini lagi huhuhu...Cantik gambar Mahathir ni...


Kawan2 yang amek KPM3 ada finals 15 hb ni. Good luck ok! Wat lek lok tau... Kalo ngan Norjo mesti lagi susah...Ye ke?

Jumaat ni kawan2 SEP ( Sains dengan Pendidikan ) akan tahu dapat LM kat sekolah mana...Amek buku Lesson Plan skali...Insegno cuak jugak ni. Yelah, asyik mimpi dapat kat sekolah nakal je...

Teringat cerita Nani tentang SMK dekat NS... Mintak simpang la ek... Insegno berdoa agar mendapat yang terbaik dariNya.

Hari Jumaat lepas Kelab Kaunseling KK3 bagi sesi lepas kot- buat jamuan ringan kat Pendidikan. I can't go...keje. Thanks ya for da thumb drive! Cam tau2 je insegno nak guna....nasib baek x beli masa Mini PC fair kat Bilik Sidang haritu...

BBB balik rumah lagi... bilik panas katanya. Mmm... k nik faham. Dulu masa 1st year, diri ini telah menghadapinya... Lucky me, i then move to block C till now.

Korang perasan x yg Sahur cafe dah lama x ada carrot susu. Mmm...kena beli carrot sendiri gamaknya...

Ada benda yg insegno x puas hati ni. Haritu ada projek kolej terbaik kutip deposit bas untuk ke Subang. Then, they peruntukkan 3 hari je untuk amek duit tu balik.

Mesti ada yg x sempat kan? So, kol A-suruh forward kat B. Kol B, x dapat-off tepon. I hate this birokrasi. Dah agak benda ni memang akan berlaku. So, bila dah tawar hati-lu piker la sendiri....

Inilah yg dikatakan nama mahu, tgjwb relax dulu... Harap2 pemimpin masa depan kita x macam ni okay?

Semoga kita dapat menjalankan tgjwb di dunia n akhirat dengan baik...

Babai, Arrivederci!

02 April 2009

Terlalu fokus...

Selamat buat semua...

Moga kita semua mendapat yang terbaik sahaja dalam apa jua pekerjaan yang dilakukan hari ini...

Semalam insegno banyak berjalan...melihat dunia ini. Sesiapa yang kenal insegno mesti pelik kenapa la budak ni x kecek kelate macam yang lain?


Mmm... begini citernye. Insegno dibesarkan kat KL ni. Dulu kami duduk kat Selayang, pastu pindah kat Flat PKNS Jalan Kuching, sebab dekat dengan sekolah. Dah besar ckit baru pindah kat Taman Batu Permai... Semua tu area Jalan Ipoh. Lepas tu baru pindah kat Kelantan.

Insegno ke Jalan Ipoh untuk bayar maintenace rumah kat sana. Kenapa x suruh penyewa rumah je yg bayarkan? Bak kata Shahda...

Cane nak gtau ek... Penyewa ni macam2 pe'el, cukuplah dengan perangai penyewa sebelum ni. Siap tunjuk pisau Rambo lagi... So, better bayar sendiri since insegno ada kat KL ni...

Banyak yang dah berubah kat sana...Siap ada fly-over lagi. Rasa bingung kejap... Insegno ke sana naek bas metro dari Pasar Seni-singgit je. Dalam bas, macam2 orang ada...Melayu, Cina, India, Indon, Bangla, Afrika, Nepal...

Takut jugak, coz insegno gi sorang2. Nak wat camne, sume ada hal. Budak2 sekolah, makcik, pak cik, atuk, nenek...sume ada.

Just wonder, macam mana agaknya hidup seorang konduktor bas. Bukan apa, terkenang kaum2 lelaki di Malaysia ini bekerja kuat untuk menyara keluarga. Bila tengok pak cik konduktor bas tu, rasa insaf pulak. Penat weh keje die... jerit2, kena alert penumpang turun-naik sambil menyeimbangkan diri dalam bas... Betapa aku amat mensyukuri nikmat yang Kau kurniakan ini...

Bila dah sampai Jalan Ipoh nak masuk Taman Batu Permai, kena naik bas rapid T225 pulak. Try-n-error je nih... first time g sana. Sume info2 ni insegno tengok kat www.rapidkl.com.my...Macam biasa, penumpang ada dalam bas tapi pemandu x ada. Mungkin pegi toilet ke apa ke... Dalam bas tu ada ibu2 yang baru jemput anak balik sekolah... bercakap sesama sendiri. Insegno tersenyum je lah tengok anak2 comey tu...

Teringat masa mak hantar g skolah dulu... Tibe2 insegno noticed di kalangan ibu2 tu ada sorang akak ni die pakai baju rapidKL. Mgkin tukang sapu je kot...

Skali die la driver bas tu... I wonder again and of course feel amazed. X tau la akak ni dah brapa lama bawak bas sebab bila die lalu je depan buruh2 yg buat rumah area situ-semua ternganga tengok die... Ibu2 yang bekerja memang tabah dan cekal. Tabik la kat akak tu... senyum je dengan penumpang. P/S Penah tengok pak cik T631 n T632 senyum? Bertuah korang!

Kalo korang perasan kan, sebelah Flat Bukit Angkasa tu ada bangunan bercermin yg baru siap. Cuba tengok, ada x buruh wanita? Insegno pernah nampak mak cik Indon ni kerja gaul simen n tampal jubin kat tepi jalan tu...


Satu lagi dekat depan Fac Law ada satu area untuk tambah parking kereta. Cuba tengok sapa yg susun batu2 hitam putih tepi area tu. Pun dalam golongan mak cik jugak...

Korang pernah rasa penat gaul simen n angkat batu-bata? Insegno pernah buat keje tu masa mak bertekad nak buat pagar blakang rumah sendiri. Penat sampai period pun awal... Bayang sendiri la...

Mereka sanggup berkorban masa, tenaga, keselesaan dan impian masing2 untuk memastikan orang lain dapat mencapai impian mereka. Demi orang yg tersayang, semua perkara dikorbankan.


Insegno baru nampak realiti dunia ini yang sebenar kerana sebelum ini kita hanya bergaul dengan rakan2 yang bernasib baik, masuk universiti, dapat PTPTN... n macam2 lagi keistimewaan yg kita dapat. Tapi mereka terpaksa survive sendiri... Buat kerja2 yg biasa2 je... Pemandu bas, Konduktor bas, Kerja kilang.... jual berger...


Malas belajar? X sume org suke belajar... X sume org suka ingat fakta... Tapi perasaan suka ni boleh timbul kalau " wayar yang tepat dapat dipotong". Bom x meletup, n semua org selamat. Tapi x semua org dapat potong wayar yg betul macam kita... kita selamat, mereka meletup.

Itulah, " kadang2 orang yg di atas kena tengok org yg di bawah. Dan lebih baik kalo org yg di atas membantu org yg di bawah untuk memanjat ke atas..."

Tugas guru amat berat kalo parents x tolong sama. So, nti kalo korang ada anak-tengoklah dan selamilah kehidupan mereka... Tegurlah mereka kalo ada salah, jgn dimanjakan sgt-takut tersalah corak.

Wokei, Babai...Alla prossima volta!

Ketololan April ?

Selamat buat semua...Korang perasan x?

Nama PM pertama Tunku Abdul Rahman.
RAHMAN

R-Rahman
A-Abdul Razak
H-Hussein
M-Mahathir
A-Abdullah
N-Najib, insyaallah...

Harap2 x berhenti sampai Najib aje...

Mmm... banyak benda yang berlaku hari Rabu ni... Pagi insegno ke kelas Dr. Habib, tengah hari ponteng keje untuk ke Jalan Ipoh nak bayar maintenance rumah n then malam pulak insegno ke DTC sempena Festival Seni. Tapi yang menariknya hari ini berkenaan peristiwa di DTC.

Malam itu adalah giliran Pop Band untuk perform. 13 band yang akan buat persembahan... Dimulai dengan 3rd RC sehingga waktu rehat. Masa tu ada dalam 7 or 8 kumpulan yang dah perform. Setahu insegno lah kan, sebelum ni kalo festival seni mana ada waktu rehat... selalunya go on aje... N selalunya mana ada suksis yang jaga DTC seramai itu... Mmm mungkin diorang nak kawal keadaan kot. Selalunya kalo Pop Band, ramai yg datang tengok...

Bersambung pulak dengan band dari 12a. Lepas tu tak silap insegno turn 12b. Dalam setiap persembahan ada 2 part. Instrumental n vokal. Masa part instrumental 12b, tiba2 Encik Fadzli aka penyelia 3rd aka setiausaha Feseni 09 aka krew bang bang boom mintak diorang stop secara tibe2. Awat nih?

Insegno ingatkan persembahan 12b tu ada something wrong. Lagu terlalu rock ke, or peserta terlalu taksub ke or mcm2 lah. Sekali beliau cakap...

"Diminta band 12b berenti sebentar. Saya sebagai setiausaha Feseni 09 ingin meminta kerjasama semua untuk bertenang. Sila keluar dari dewan ini dengan tenang kerana kita ada masalah berkaitan keselamatan DTC ini" Lebeh kurang camtulah katanya....

Nak percaya atau tidak? Beliau adalah krew bang bang boom... Mmmm camne kawan2... So, kamek dengan x relanya kuarlah dari dewan itu dengan fikir macam2.

"Ini kalo Bobo kuar ni, mati aku belasah ni...."

"Ada orang buat panggilan palsu kata DTC ada bom..." Pulak dah...

"April fool nih...tak caye aku..."

"Kalo bomba datang baru aku percaya..."

"Mmmm....agak2 bole ke kita tuntut duit tiket ni balik?..."

"Nasib baek 3rd dah perform. Kalo x kempunan la aku...Yg x perform lagi cane ah? Bengkek we kalo tau memang April fool...Penat practice weh"

"Macam tau2 je aku x isyak lagi. Nak suruh balik solat dulu la tu....mmm"

"Ada band x puas hati kot dgn performance dorang...sebab tu die wat panggilan palsu...nak perform lagi skali...." Ye ke...

"Mgkn ada unsur2 maksiat, ada org x suka..."

Tapi insegno still tunggu kat seberang jalan DTC dari pukul 10.40 sampai 11.30... mana tau olok2 ke...Kemudian ada 2 kereta polis datang...mmm masih x caya...

Pastu ada van polis datang... insegno dah cuak... mana tau kalo bobo ada kat dalam tu... teruk kena belasah dengan diorang nih... Jangkaanku meleset, skali ada...

Robot yang berfungsi khas untuk mengesan bom dalam van tu... Ini seriyes? Pak cik Keselamatan suruh kitorang balik je... Die kata dalam 3 or 4 pagi baru settle siasatan... nampak macam real tapi perlukah diri ini mempercayainya? Esok kuar berita x agak2?

Kalo betul April fool, memang fool orang yang buat tu... berilmu tapi tak berfikir... kecik2 tak nak ------, besar2 menyusahkan orang...

Kalo bukan April fool, time kasih banyak2 kepada pihak um, keselamatan n polis coz menjalankankan tanggungjawab...

Ada positif n negatifnya apa yang berlaku tadi. Ianya bergantung kepada pendapat setiap individu...

Okaylah, lapar pulak rasanya bila banyak berfikir nih... nak makan biskut tiger dulu ek.

Babai, arrivederci!

P/S Insegno balik dulu sebab dah lewat... Tapi dengar kata diorang sambung balik lepas tu...