Dah lama tak update blog sendiri....huhuhu...maaf dipinta. Bukan apa...broadband pun baru dibeli.
Hampir setahun sejak praktikal di SMK Taman Keramat rasanya a lot of story to tell you... Satu entry pun tak tentu habis nih...

Sekarang ni insegno betul2 menjadi guru di SMK Desa Cemerlang, Ulu Tiram, Johor. I am very excited about this!
Dari rumah ke Johor insegno n family ambil masa 2 hari. 28hb Disember lapor diri tapi 25hb sudah bertolak ke sana. 2 malam tidur di rumah saudara di Kuantan dan di Kluang.
Yang menariknya, perjalanan itu boleh dikatakan penuh cabaran. Baru sahaja sampai di Pasir Putih, tiba-tiba tayar kereta pecah. Alhamdulillah semua okay! Teringat pula cerita pengantin yang baru lepas nikah meninggal dunia kerana kemalangan-tayar kereta pecah jugak...mmm...

Mak cakap lepas urusan di Johor selesai, on da way balik... cermin kereta depan pulak pecah. Abah ikut lori pasir dekat sangat. So, tak payah pasang aircond along the way....syukur semua selamat.
Di Johor, semua berkumpul di SMK Mohd Khalid. Betul2 di tengah2 bandar JB. Ramai betul guru baru... Insegno bertemu hampir semua rakan2 UM. Hohoho...boleh dikatakan hampir 80% dapat posting kat sini....So, we all dah tahu di mana tempat yang paling bagus untuk reunion! Ngeee....
Smk Desa Cemerlang.... Seramai 9 orang guru dapat posting di sini untuk batch terakhir bagi 2009. Kawan2 UM termasuklah Yeo Yee Siang, Ng Thiam Teng, Yong Pei Nee, Looi.... Seorang guru dari UKM (Nurliyana Izzati), UPSI (Nor Afzamira), UPM( Nor Azma), UiTM( Kak Mareeni ) and of course me myself...
Insegno hanya mampu bersyukur kerana segalanya berjalan lancar. Pihak sekolah telah mencari tempat tinggal kepada kami semua. Kami akan menyewa di rumah guru2 yang masih bujang...
Tuan Pengetua, Tn. Hj Ismail b Rosdi memberi taklimat tentang tanggungjawab, etika, budaya sekolah serta misi, visi dan harapan sekolah kepada 'penyapu baru' seperti kami. Yang pastinya kami akan berusaha sedaya upaya! Chaiyo!

Insegno, Yana, Mira tinggal bersama Kak Dalina....Azma pula tinggal bersama K Iza Zakhila. Syukur yang teramat dan terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah kerana memudahkan segala urusan....Thanks a lot!
29hb dah mula kerja.
Siapa kata kerja cikgu senang dan goyang kaki je?
Sejak 29hb sehingga buka sekolah, semua guru meeting dan meeting dan terus meeting demi memastikan hari pertama sekolah berjalan lancar dan sempurna. Setiap hari balik rumah pukul 5....
Seperti biasa semua guru baru perlu membuat laporan dan dokumentasi sepanjang orientasi. Turutan kelas mengikut nama sekolah S, M, K, D, C, P, G, J.
Insegno diberi tanggungjawab sebagai;
- Guru tingkatan 4LTK (2nd class)
- Ketua St. John Ambulance
- Ajar Modern Math 4LTK, 4SI4.
- Ajar PJK semua F5
- PSV F2 Setia
- Moral 3 Gigih.
- Penyelaras F4.... dan sebagainya...
Menurut guru2 di sini, " Tak sah kalau korang tak nangis sepanjang 3 bulan kat sini "

Insegno hampir2 jugak nak nangis tapi bila kita fikir positif, semua okay. Bukan apa, ada satu tugas tu yg insegno kena tinggalkan kelas seminggu dan berjemur di tengah panas.
Perempuan... mestilah x mau kulit hitam kan? So, jadilah kulitku ini berbelang2. Sampai sekarang x hilang lagi... Yg paling sedih tu...kelas kena tinggal seminggu...huuuu...maksudnya kerja jadi 'double'. Nasib baik dah prepare worksheet utk minggu tu.
Thanks kepada guru2 yg relief I...
Kulit dah hitam sampai kena perli...." Nik, ko ni bercuti kat tepi pantai ke?" Hohoho... x per, I buat kerja tu dengan ikhlas tau Rem. Kerja apa? Jadik Marsyal untuk MSSD Pasir Gudang di SMK Seri Kota Puteri. SMKDC dapat satu emas dalam acara lontar perluru...
Mujur soalan Modern Math F4 untuk UPPM1 sempat disiapkan sebelum ke sana... Ingat! Jangan tangguh2, susah nanti tau.
Lepas tu cuti seminggu.... Hahaha...balik rumah bukan relax2 ok. Insegno demam teruk sampai hidung berdarah, sakit tekak-suara pun rock, batuk2, selesema....teruk jugakla... Yelah, masa tu cuaca panas memanjang, tak hujan langsung.
Lepas cuti Exam UPPM1. Modern Math untuk F4 pada hari pertama. Risau jugak sebenarnya. Semua soalan tu insegno reka2 sendiri...JPU sendiri...tak tanya pun cikgu2 senior. Just tanya ajar sampai mana shj. (Sebenarnya di SMKDC, semua guru muda2 belaka...senang kerja...tak ada politik2 ni). Sape2 yang dapat posting sini...korang memang bertuah.

Lepas exam, pelajar kelas 4SN kata soalan senang giler... La ye ke? Tapi bila insegno tanya Cg. MM korang, Pn. Norihan..."Setakat ni tak ada lagi 100%, paling tinggi pun 98% " Hohohoho.... kire okaylah tu...my tactics...
"Soalan memang senang tapi ia sebenarnya menggalakkan careless mistakes" Psiko psiko...huhu
Okeh, next entry kite citer pasal Kem Kepimpinan Majlis Tertinggi Badan Ko-k di Pusat Ko-k Johor Bahru....Ciao!
P/S Pengalaman yang berharga datang dari hati yang ikhlas....