22 March 2009

Pelik-pelik...Motif?

Selamat buat semua....


Moga apa jugak yang anda buat, anda akan dapat yang terbaik...
Insegno baru je lepas tengok citer Night At the Museum kat RTM2 tadi... Cerita yang menarik... Boleh mencambahkan kreativiti orang yang menontonnya... Sebelum itu ada Citrawarna Malaysia secara langsung dari Dataran Merdeka... meriah jugak nampaknya... Macam biasa, ada tarian dari pelbagai kaum, Melayu, Cina, India juga etnik dari Sabah n Sarawak... apa yang menariknya tadi dalam tarian Cina ada wusyu ckit. Pastu ada sorang perempuan bertudung yang join wusyu... And dalam tarian India pulak ada lelaki melayu yang bawak tandu untuk pengantin perempuan... lagu yang digunakan agak familiar bagi insegno sebab mahasiswa ICC KK3 pernak gunakannya dalam persembahan diorang dulu...
Kostum mereka sangat cantik... Tapi yang insegno rasa sangat pelik ialah ada 2 manusia tergantung pada belon besar...Motif? Lagipun diorang owang puteh, pakaian ketat warna putih, perempuan dan menjadi fokus dalam majlis... ada ke patut... Dah la YDP Agong ada tadi...
Ada jugak die tunjuk wau n layang2. Insegno rasa pelik lagi sebab rasanya kat sana x berangin, tapi wau tu naik baek punya... wuish, kena belajar macam mana diorang buat tuh!
Macam biasa, ada bunga Raflessia, ikan warna-warni n gendang dari setiap kaum... memang menarik... Acara penutup? Bunga api-lah, macam x biasa pulak ko nih...
Penyanyi jemputan Adibah Noor n Camelia. Dulu seingat insegno, kalo Camelia ni nyanyi- suara x kuat mana pun...tapi tadi boleh tahan laa...
Apa yang pasti, orang kita telah diajar supaya berpesta... macam kat Brazil dah. even di peringkat kerajaan pun dah mengajar cenggitu... maybe ada cara lain untuk mempromosikan pelancongan ni...ada idea?
Tentang pak Sob, insegno x tengok pun hari ni...sorry... malas nak turun Sahur... dengar2 beliau terselamat....x pe, asal jadik juara okay!
Babai, arrivederci!

20 March 2009

Waktu Makan yang Ideal...

Selamat buat semua...

Harini insegno 'ter'bangun awal coz nak ber'online'. Yelah, petang ni ada keje pulak sampai pukul 6, macam biasa...

Haritu kan insegno ponteng kelas bahasa Itali masa hari Isnin, bila insegno pegi hari Khamis tu, Lecturer-Professor Cinzia Giordavelli- tibe2 je kata " Next Monday we will have another oral test,okay?" Huhuhu...kalo sape yang x datang kelas haritu....alamatnyer terpinga2lah nanti...Okay, harini insegno nak berkongsi fasal waktu makan yang ideal. Rujuk kat bawah nih;


Sarapan pagi 6.30 pagi - 8.00 pagi

Minum pagi 10.oo pagi - 10.30 pagi

Lunch 12.00 t/hari - 1.30 petang

Minum petang 4.00 petang - 5.00 petang

Makan malam 6.30 petang - 8.00 malam

Minum malam 10.00 malam -10.30 malam


Sumber rujukan; Mingguan Wanita bil 1322. Korang patuhi x jadual ni? Kalo insegno, hentam jer-lah bila aku nak makan-ko peduli ape kan?....kekeke...Tapi x dinafikan waktu makan yang ideal memang yang inilah....sebab ini di'rekomen' untuk rakyat Malaysia dan bukannya owang puteh pun...


Semalam insegno g Mid Valley...saje2 lepas penat keje. Bus rapid T631 memang on time die datang, maksudnya x tunggu lama-lah. Bagus untuk rapid KL. Tapi bas T632 tok sah cakap-la...mungkin sebab ramai student guna bas tu n then cepat pulak rosaknya...x pe lah, berkat jugak-tolong anak bangsa pegi belajar huhuhu...


Bila sampai aje dekat Mid valley, insegno g carrefour je...boikot? Macam ni-lah, tujuan utama francais sesuatu company adalah untuk mengambil kesempatan, guna nama company itu untuk melariskan barang2. Peratus keuntungan yang didapati oleh peniaga itu lebih banyak dari tuan empunya-nya. So, kalo kita boikot tuan empunya-nya kita juga at the same time mem'boikot' orang kita jugak...lagipun yang insegno tahu carrefour tu dari Perancis kan? Ada kena-mengena ke dengan US or Israel? Tolong bagitau insegno ek kalo tersalah maklumat ke...


Apa yang berlaku kat Mid x delah menarik sangat. Membeli makanan jer...
Tapi yang menariknya bila nak tunggu bas T631.
Bila bas datang jer, akan ada 2 kategori orang yang dapat kita lihat iaitu;

  1. Orang yang relek je. Bergerak perlahan-lahan ke arah bas dan consider siapa yang di depannya dengan beratur....
  2. Orang yang berlari pecut 100 m. Dengan begitu laju-nya telah mengejar pintu bas dan menolak pintu bas macam 'ironman'....macam2. Kalo ada orang yang bernasib baik di situ, mereka akan menolaknya tanpa belas kasihan....

Yang pastinya golongan 1 adalah WARGANEGARA MALAYSIA, golongan 2 adalah yang sebaliknya...Nak tegurpun bukanlah dipedulinya...x kiralah, lelaki ke perempuan ke mak cik ke...sume sama je...Kena buat peraturan untuk diorang ni...lagipun pak cik tu dah konsider. Die kata kalo ada orang lagi, kite akan amek...

Tapi kalo kite tengok balik kan, rakyat Malaysia memang bertuah. Kita x berebut naik bas sebab kita tahu ada ruang dan peluang untuk kita di Malaysia ini. Tapi dekat negara diorang, siapa cepat die dapat. Siapa x dapat, die merana...So, bersyukur-lah jika anda ditolak mereka ini masa nak naik bas T631 nanti okay? Tapi hati2, jaga purse n dompet tu. Bukan je dapat bau yang x enak, tapi dompet pun hilang....hati2 ye...


Wokey, Arrivederci!

18 March 2009

CUAK KER?


Selamat buat semua....

Pernah tak kita rasa apa yang kita usahakan selama ini terhapus begitu sahaja? @ tidak dihargai orang lain....Bila kita dah berusaha sedaya upaya, lepas tu usaha itu dipandang sebelah mata oleh orang lain? Kenapa ia perlu terjadi? Mungkin sebab;



  • Muka orang tu yang psiko. Tak sure die suka atau x suke. Orang macam ni selalunya menjadi pilihan untuk membuat temuduga kepada fresh graduate. Ye lah, budak2, mesti cuak kalau tak leh jawab soalan interview kan.....
  • Apa yang kita kata itu tidak dipersetujui oleh orang lain. Tidak sependapat adalah perkara biasa dalam kehidupan ini. Kalau orang tak setuju dengan kita, baguslah. Maknanya die prihatin dan fokus terhadap kita kekeke....positif la ckit....

  • Orang di Malaysia memang ego kot. X leh terima pendapat orang lain, belum pun orang tu nak bagi pendapat die, dah menyibuk...Yelah, cuba tengok dalam kelas sudah. Masa lecturer dok ajar...suka2 die je nak kua g toilet. Tambah2 kalau majlis ilmu...lagi teruk perangai...
  • Kita tak ada hak nak cakap macam tu....Ko sape, aku sape? Kita serupa....

  • Kita syok sendiri....I hate this word! Seseorang akan dikatakan sebagai syok sendiri bila kesalahan yang dilakukannya teramatlah besar....Tapi insegno suka perkataan kuat berangan! For me that is one way to insipire somebody....korang terluka x kalo dikatakan kuat berangan? Terpulanglah...

  • Orang tu benci die...@ musuh ketat....Wuish, salah tu... Bak kata Mahatma Gandhi-kita tak sepatutnya membenci insan itu, tetapi bencilah sikap die yang buruk tu....be positif, barulah x tensen...

Apa yang insegno cakap ni adalah berkaitan ke'cuak'an seseorang yang bercakap di hadapan orang ramai. Yes, inilah die persepsi tentang Public Speaking.

Menurut satu kajian, 50% manusia lebih takutkan Public speaking daripada mati....huhuhu...nampak sangat materialistiknyer.....Bila kita buat presentation ke, macam2 dalam kepala...apa yang penilai fikir? Jadi ke lawak humor yang aku buat ni? Audien suke aku ke?....MACAM2 DALAM KEPALA...sebab tu lah jadi benda pelik2 masa present tu kekeke...teringat masa insegno jadi debater dulu....kukuku...

Tapi yang pastinya, mana ade benda yang sempurna. Sedangkan ada bahagian dalam diri kita yang kita x suka-apatah lagi orang lain. Walaupun Brat Pitt hensem; nampak sempurna, tapi die tak suka kaki sendiri-malu nak tunjuk...ada kaki pun nasib baek dah...

Wokey, arrivederci!





17 March 2009

KEBAIKAN TEH HIJAU...


Selamat buat semua...
Skarang ni insegno mengamalkan teh hijau setiap hari...Saje2 nak try ehehe...
Pastu insegno terbaca dalam majalah yang dek dah bawak balik pasal kebaikan teh ni...

Teh hijau; minuman pelbagai khasiat;
· Mengurangkan panas badan
· Membantu perkumuhan dan penghadaman
· Mengurangkan risiko kanser paru2, hati dan perut
· Menghapuskan radikal bebas yang boleh merosakkan sel2 hati.
· EGCG dalam teh hijau bertindak sebagai antivirus dan antibakteria di samping menggalakkan system kekebalan badan.
· 16% daripada keperluan harian kalsium
· 10% keperluan harian zink.
· 10% keperluan asid folik yang diperlukan tubuh
· 9% daripada keperluan harian vitamin B1
· 25% daripada keperluan harian vitamin B2
· 6% daripada keperluan harian vitamin B6

Sejarah teh bermula lebih 5000 tahun lalu di China. Khabarnya secara tidak sengaja helaian daun yang diterbangkan angin jatuh ke dalam cangkir air panas yang bakal dihidangkan kepada maharaja Shen Nong. Dan tanpa disedari, pelayan menuangkan air berwarna keruh ke dalam cawan maharaja. Apabila meminumnya, maharaja tersebut merasakan air tersebut berlainan dan menyegarkan jika dibandingkan dengan air yang biasa diminum. Mulai saat itu bermulalah legenda teh di China.

Pada peringkat awal, teh banyak diminum di kalangan sami Buddha kerana kafein yang terdapat di dalam teh membolehkan mereka terus berjaga dan bertafakur. Manakala pengamal fahaman Taoisme pula menggemari teh kerana mereka percaya teh boleh memulihkan kesegaran badan. Sementara di barat, teh digemari sebagai salah satu minuman panas selain kopi.

Teh terbahagi kepada 3 jenis
· Hitam
· Hijau ( Camellia sinensis )
· Oolong

Teh hitam dan hijau dating dari pokok yang sama, Cuma proses penapaian yang membezakannya. Teh Oolong pula menjalani proses penapaian separa dan merupakan gabungan teh hitam dan hijau. Terdapat 330 jenis teh di dunia. Kandungan teh hijau;

· Bahan pahit dalam teh hijau mengurangkan risiko kanser
· Menghalang ketumbuhan
· Merendahkan kolestrol darah
· Membunuh bakteria
· Mengelakkan gula dalam darah
· Melawan virus selesema, bagus untuk yang resdung...
· Fluorida mengelakkan kerosakan gigi dan bau mulut
· Kafein menghilangkan rasa mengantuk
· Vitamin C mengurangkan stress
· Menghalangkan batuk dan selesema
· Vitamin B meningkatkan metabolism, bagus untuk sape yang nak kurus...
· Merendahkan tekanan darah
· Menguatkan dinding pembuluh darah
· Menghalang nafas berbau
· Vitamin E sebagai anti oksida
· Melambatkan penuaan

Sampai di sini sahaja wokey, Arrivederci!

Jom Blaja Bahasa Itali

Selamat buat semua....


Jom belajar bahasa Itali...


Come ti chiami? What is your name? Apa nama awak?


Mi chiamo Zuzuru. My name is Zuzuru. Nama saya Zuzuru.


E tu, come ti chiami? And you, what is your name? Dan awak, apa nama awak?


Mi chiamo Azura. My name is Azura. Nama saya Azura.


Quanti anni hai? How old are you? Berapa umur awak?


Io ho ventitre anni. I am twenty three years old. Saya berumur 23 tahun.


Che cosa fai nel tempo libero? What do you do in your free time? Apa yang kamu buat pada masa lapang?


Io navigo sul internet e guardo la TV. I surf internet and watch TV. Saya melayari internet dan menonton TV.


Ti piace mangiare? La pasta? La pizza? La frutta fresca? ---cuba teka maksud dier?

Mestilah pasal what is your favourite food kan....


Mi piace le lasagne e la pasta in una ristorante nome Secret Recipe in Mid valley Megamall.

Dapat agak kan?
Quale il tuo numero di telefono?


Di sini Insegno senaraikan beberapa vocab yang agak2 berkaitan dengan kita:


La Bandiera-Bendera

La Sedia-kerusi

Fidanzato-tunang

Principe-prince

Principessa-princess

il re-raja

la regina-permaisuri

casalinga-surirumah

insegnante-cikgu

dottore-dokter lah

studente-student lah

il pollo-ayam

la carne-daging

il pesce-ikan


kekeke....menarik x?

Sebenarnya insegno saje nak study coz monday haritu ponteng kelas kekeke....Arrivederci!

13 March 2009

TERINGAT DULU-DULU

Selamat buat semua....

Pagi ni hujan rintik-rintik kat UM ni. Jumaat pagi; hujan. Selalunya kita akan kata ini hujan rahmat....tambah2 kalau hujan ni start malam tadi, hujan malam jumaat.

Teringat dulu masa insegno dekat MRSM Kota Putra. Masa tu memang tengah countdown nak amek SPM 2003. Adalah seorang penceramah ni kata lebeh kurang camnilah, "air hujan malam jumaat tu penuh keberkatan. Kalau adik2 nak penerang hati, tadahlah air hujan tu. Tapi kena niat baik2. Aku nak dapat semua A1 dalam subjek yang aku amek" Lebih kurang macam tulah.

Opps! Semalam baru kuar result SPM kan? So, post kali ni ada kena mengenalah-kan....

Okay, sambung balik cerita tadi....

So, kebetulan minggu tu hujan macam sekarang ni...Apa lagi, semua pergi tadah-lah air hujan tu...dengan baldi. Esoknya, macam2 warna ada dekat padang maktab....huhuhu...Yelah, sape x nak peluang kalau diberi peluang....

Tapi insegno rasa ia ada kaitan dengan pencapaian SPM 2003 masa tu...That year, we perform very well...very2 well. So, tadah2lah air hujan malam jumaat ni....kalau kite percaya, semua benda akan jadi, betul x?

Insegno x tau sangat tentang pencapaian tu sebelum insegno bukak website maktab. Masa tu insegno pegi PLKN dekat Kem Nasuha, Pagoh, Johor. Dapat result kat kem ajer....Disebabkan insegno sorang je dari MRSM Kota Putra, so dalam 600 pelatih kat situ...boleh kate insegno tunggu sampai tinggal lagi 5 orang je yang tinggal untuk dapat result. Parent insegno yang ke maktab amek result dah bagitau result insegno...so, x delah cuak sangat...huhuhu...dapat berapa? 7 je, x banyak pun...

Dengar kate ramai kawan2 insegno dapat 9 yang dapat ke Russia buat medic...Aimi Liyana, Nasrun...miss u all.

Situasi sekarang, kalau dapat 9A1 pun x tentu dapat tajaan ke oversea kan? Kualiti A yang dicapai seperti tiada makna apa2...mungkin sebab pelajar sekarang dah terlalu pandai ataupun....pikirlah sendiri. Benda ni kena ikut logik...kalau semakin ramai yang perform maknanya ada kaitan dengan pengekalan PPSMI...serba-sedikit-lah, bukan sepenuhnya...Sampai sini dulu ya, semoga pagi yang penuh kebaikan dan kesejukan ini dapat memandu kita ke arah kehidupan yang lebih baek...


Wokey, Arrivederci!

12 March 2009

NOTEBOOK MURAH


Selamat buat semua...
Ni lah rupa notebook tu...x le elegante macam yang laen tpi still berguna kan? RM999 sahaja dari TechAsia, tingkat 4, low yat plaza....
Arrivederci!

Notebook murah....

huhuhu....

Selamat buat semua...
Harini insegno guna notebook baru...murah je RM999. Beli kat low yat semalam.
Rupenyer x de la menarik sangat tapi kalo sekadar nak maen tenet, nak typing n dengar lagu okay la...
Intel atom n270 processor, 8.9" WXGA, 1 GB RAM, 30 GB Hard disk, card reader, webcam, 1 year waranty, 4 cell battery dengan Window XP home. Walaupun memory x banyak sangat tapi okeylah kan dengan harga tu....heppy sangat.
Insegno jumpe notebook ni masa kat lobby low yat...budget insegno RM1200 je, tpi dah jumpe yang 999 sambar jelah...masa insegno beli tu ada dua orang tengah tunggu nak beli jugak...
Anyway, promo ni sampai 15th March je tau...murah2...Arrivederci!
P/S gambar nanti dulu ek, dah lewat ke kelas bahasa itali ni...

05 March 2009

Sukanyer!!

Selamat buat semua..Buongiorno!

Petang ni kol 12 insegno ada test oral bahasa itali dgn patner-lili, budak fac akaun. Neves gak ni...hohoho....Tapi rasanya kalo nak blajar bahasa ape2 punkan, kite kena at least hafal lirik satu lagu coz kadang2 dalam exam die suruh fill in the blank kan-bleh gak tembak ngan lirik yg kite hafal tu muekekeke....
Story about 3rd RC harini berkaitan dgn x-3rd iaitu pak sob, graduated from fac economy UM 0708. Pak sob layak jadi top 20 akademi fantasia 7. Kalo nnak tgk gmbrnyer ni-ha. Insegno amek dari murai.com.my. Dgn nama OBRI, pak sob dah glamer satu kolej....huhuhu...


Insegno rasa bangga coz mase kat kolej pu korang tau2 jelah kan dier camne...kuolintang pun boleh handle gak(Promo ckit-kuolintang ni hanya KK3UM sahaja yg ada area Klang Valley)... Feseni memang menjadi acara tahunannya n Kalo kolej2 buat pertandingan nyanyi, sob mesti menang. Suara ala2 jamal abdillah dulu memang kami kagumi...Huhu...teringat masa haluan siswa 0506 dulu.... Pak sob sepatutnya menang utk pertandingan nyanyi masa tu....tapi coz yg turut btanding tu ada kalangan artis, bagi can yg lebeh pro-lah menang plak...kekeke...
I just hope that he will get what he wish for AF this season sebab degree dah dapat, so skrg kejar minat la plak=sama macam Aznil Hj. Nawawi pulak tu....kira ada kaitan jgak-la...
Insegno nak list down beberapa UM alumni dikalangan artis yg insegno tau;
  1. Aznil Hj Nawawi-fac ekonomi
  2. Azwan Hj Ali-fac law
  3. Cheryl Samad-fac law
  4. Allahyarham Sudirman Hj Arshad-fac law-master degree
Kebayakannya jadi pengacara...that's good. At least we know that we are the one who sampaikan maklumat...dan yg penting tetap maintain gitu...Buat sob n the gang yg menjadi 'jenteranya'- good luck, okay! Warna tema korang aper ek?....emmm... The next storie plak...


Insegno nak amek kesempatan ini tok ucap tx kepada pihak2 yg telah berusaha mengusulkan korridor berbumbung sepanjang jalan utama kat um ni...insegno tak suka bawak payung, so kalo ujan bleh gak meneruskan perjalanan-ku... One more fasal bas shuttle free tu...walupun UM ni x dela besar sangat mcam universiti laen, kewujudan bas shuttle ini membuatkan kami lebih mengenali staf2 um dan meneroka um dgn lebeh luas lagi. The renovation seluruh kampus jgak amat memuaskan atiku..thanks ya NC..or mantan NC. We luv u! Terima kasih kerana memahami! Selamat maju jaya!

Insegno ader tgk raja lawak3 kat youtube tadi....(lepas subuh-tenet laju masa ni hahaha...) n diorang punyer performance okay je tpi yg x okay adalah kerenah peng'komen' kat bawah video tuh....kalo korang nak tau, tgk je lah ek...insegno tibe2 kalau-pun kita hidup hanya satu kaum kat cni, Malaysia tak akan selamat...Sebab tu kita berbilang kaum...supaya kita peka dgn sensitiviti orang laen...bertimbangrasa, bersabar dan berfikir dahulu sebelum bertindak...
PROUD TO BE MALAYSIAN!


Arrivederci! Alla prossima volta!

02 March 2009

Ragam2 kat sekolah.....

Selamat buat semua...

Gambar2 berikut merupakan bahan2 dri internet yg berkaitan dengan ragam2 kat sekolah....saksikanlah!


Budak yg 'pandai' menjawab....

Kelas kat tingkat 4...Cikgu malas nak naek....


Budak2 malas...


Cikgu satu sekolah kawin huhuhu...


PPSMI?

Pengaruh TV yg kuat....


Cikgu buat jualan langsung....

Budak2 bawak enset g skolah....


Anak mak....

Kena denda....huhuhu....

Degil. Org suruh tengok depan, tapi nak tgok blakang....iskh3


Meniru. Kalau kreatif x pe gak. Ni terang2 dgn side mirror...nampak x rase2nyer?....

P/S Ini rekaan semata2 tau...kalau nak tgk lagi, g lah portal pendidikan utusan kat www.portal.com.my