25 April 2009

Tahap primo..



Selamat buat semua...
Buongiorno le mie amiche.Align Center
Semalam insegno ke sekolah meninjau-ninjau keadaan. Insegno n ija dapat ajar sesi petang while has n erna pulak sesi pagi. Diorg maths n kimia, so disebabkan kimia itulah mereka kena ajar sesi pagi untuk pelajar Form 4 n Form 5. Form yg lain sesi petang.

Hari Jumaat budak2 lelaki pakai sampin biru aquamarine. Hensem n segak nampaknya. Setiap hari Rabu adalah hari ko-k, semua pelajar n guru perlu pakai pakaian beruniform masing2. Khamis, batik.




Setiap Isnin akan ada meeting bersama guru panitia masing2 tentang hal2 terkini mengenai perancangan minggu itu.

Since insegno kena ajar Form 2, subjek sains 5 waktu n matematik 5 waktu hati ini berdebar2. Apa yg terlintas di fikiran- buku teks, buku rujukan dll. Sekolah x dapat sediakan buku teks n i have to buy them on my own.

Kami ditempatkan di Bilik Sumber guru bersama GSTT- Guru sandaran x terlatih n guru sandaran. Guru2 lain semua mengajak kami duduk di bilik guru, tapi dah penuh... Senang ckit nak bincang kalo dok skali...

Pelajar? Mereka bercakap dengan guru seperti kawan2 sendiri. Mesra. Tapi biasalah kan, budak2 kalau tgk ada org yg pelik sikit, semua tengok2, pastu ckap2... X pelah dik, nti 4 Mei ni akak masuk la kelas korang ek hihihi...

Pada hari yg sama ada perlawanan Hoki peringkat daerah kategori perempuan.




The school win
... Everybody feel proud. So do I...



What to say? Sekolah tu adalah Sekolah Harapan Negara peringkat negeri selangor. They want to be sekolah cemerlang in 2010. Very ambitious teacher n staff. They work hard, really. The principal was not there-attending some important event i guess.




Principal : Pn. Normah bt Omar.
GPK : Pn. Noraini Ibrahim.
Penyelia ptg : Pn. Noraini Nordin. ( 33 years in this field, um graduate )

Masa kitorg dibawa ke bilik guru oleh Pn. penyelia petg, ada seorg cikgu ni tengah balut kotak dgn kertas kuning.

Pn. Noraini : Buat apa tu cikgu ?
Cikgu : Oh, ni untuk kelas nanti.

Pn. Noraini : Wah, bagus. Kreatif!

Pn. Noraini ni ajar sains, love teaching very much. Beliau sepatutnya bersara, tapi since boleh diteruskan, beliau teruskan perjuangannya. Insegno n ija took her class-easy to manage katanya.

Ramai gak senior SEP kami kat sana. At least we can ask for some help.

Selalunya kalo praktikal kita akan berperasaan begini;

Sebelum : X sabar rasanya nak start praktikal.

Baru start 2 minggu : Mmm...bilalah nak habis ni...

Tinggal 2 minggu : Ala, dah nak habis ke?...

Dah lepas : Mmm... rindunya waktu praktikal...

So, sekarang insegno berada pada tahap pertama hehehe...

Okai, arrivederci. Alla prossima volta!

P/S Boringla harini x ke mana2. K sya n K pinat dah balik Kuantan tadi. Bas 3.30 ptg.


20 April 2009

TERANIAYAKAH ?


Selamat buat semua...

Smalam k sya n k pinat dtg KK3. Erm, bising jgakla kami borak2 semalam sampai terlupa esok pagi rumets nak exam. Sori ye Ecah, Dekdah! Dah lama x jumpa huhuhu...


Sorry ye....

Semalam gak mak kirim baju kurung untuk LM. Yep, baju kurung kena banyak ckit nti x sempat nak rolling2...

Semalam gak lepak kat sahur cafe ngan kengkawan, junior. Cik Khal, Diana, Aini, Jaja, Hasif, Sham and then cik Da. Sume sebok exam harini tapi yup, demi kwan2 kena turun gak.

Sambil tengok 360 kat TV3 yang amat terkesan. Erm, takut sangat kalo anak sendirik jadi camtu. Rasanya perempuan pendera tu maid or penjaga nursery yg x terlatih. Kesian budak tu kena sepak, terajang, pijak dll.


Kalo comeyl camni nak pijak ke?

Itu budak2. Kalo perempuan, mak2, isteri2.....? Tragis2. Mintak simpang la bende2 cenggitu.

aKak Jlo

Bila naik atas tgk 8TV citer aper ntah, tpii Jenifer Lopez la berlakon. Pon citer pasal wanita teraniaya. Pastu citer matahari kat TV3 pulak citer aniaya-menganiaya jugak.
Satu dialog tu cakap,

"Jahat sangat ke aku ni?" Memang jahat pun...

Apa nak jadi ngan dunia ni. Yg kuat tindas yg lemah...kita beringat okeh.

Harini forse nak g mid ngan k sya n k pinat kot. X decide lagi... Pameran Dinosour kat ctu ada lagik ke agak2?

K, kiter jumpa lagik di lain masa kalo ada jodoh.

Arrivederci!



P/S Kepada Y, udah2 le tu tgk TV kat floor kamik. Bersyukur la dgn apa yg ada. Hormatilah sesiapa yg lebih berhak. Kami rasa teraniaya.

18 April 2009

Rejeki Jgn Ditolak-tolak...


Selamat buat semua...

Most of my SEP friends seems to be more excited than before when we meet and keep asking about:

" Which school do you get?"

"How was the pengetua, have you meet her (mostly women) ?"

"How was the school? Population, discipline, Ko-k, facilities bla, bla, bla...."

"Which class are you going to teach?"



Ah, forgot one thing!

"Did you get any rumah sewa?"

"How much is it, expensive?"

According to Nonoi, if you want to find any house to rent it, find on Friday - Berkat.

Bcoz she's got this terrace house, 3 rooms, 2 toilets, 1 living room for only RM70 per person.

Yup, see how much she can save money than me! I think they stay 6 persons in the house. Area Sungai Buloh, coz they get SMK Bukit Rahman Putra, I guess. Correct me if I'm wrong.

But, that is what we call rezeki.



Sometimes it's murah sometimes it's mahal. But we still get the rezeki.

Last night we had the Malam Jambatan Kasih 09 between final years of 3rd college - girls only tau. Love the food, i tapau the sandwiches for my sahur...

Okay, Good luck for your final exam!



Bai bai, Arrivederci le mie amiche !

14 April 2009

Bilik Dah Disewa


Selamat boowat semua...

Donut n Delin- insegno nak tau la sape korang ni... Kalo x keberatan lah...

Hari ni sehari suntuk mencari rumah sewa dekat area Keramat. AU3, Kelumpuk Camar, Taman Keramat sampai ke Rumah lot pun kitorang cari. Penat weh, tapi org2 kat sana memang baik2 coz bila kami tanya,

"Kat sini ada rumah sewa x mak cik?"

"Ada, rumah sebelah mak cik ni. Die datang tiap2 petang kemas2 rumah ni."

"Cuba korang tengok kat bus stop, ada kot dier iklankan"

"Selalunya depan 7-E ada tampal iklan2 tu"

Kitorang ( Nik, Ija, Has n Erna ) carilah iklan2 tu. Skali nampak-



BILIK UNTUK DISEWA. PEREMPUAN SAHAJA. Hubungi 012-xxxxxxx.

Rupanya pak cik ni sewakan rumah tingkat atasnya kat budak2 kolej. Die dok kat bawah dengan mak die. Kira bisnes rumah sewa-lah. Semua ada-TV, Katil double decker, toilet dalam rumah... Happy-lah. lagipun rumah tu sebelah Surau Al-Ihlah, parking banyak...berkat...
Rumah ni dekat dengan jalan besar, ada bas ke SMK Lembah Keramat skali.

Semuanya termasuk api dan air RM150 seorang. Since kitorang nak dok 3 bulan je... pak cik tu x kesah... Okay x agak2? Deposit burn untuk bulan terakhirlah.

Sewa bulan 5= RM150
Sewa bulan 6= RM150
Sewa bulan 7= RM150 ( burn deposit )
TOTAL= RM450. Penginapan sahaja... Mana gue nak cekau duit ni...huhuhu

Yuran praktikal RM350. Makan n tambang lagi...mmm nak dekat RM1 000 untuk LM ini... So, junior-mulalah menabung mulai sekarang tau...

Jumpa pak cik guard-muda lagi. Die cakap,

" Pengetua sekolah ini Pn. Normah - Pengetua cemerlang daerah Gombak."

Mmm...mesti beliau ada higher expectation on us. Sekolah ni ada 2 sesi pagi n petang. Tingkatan 1, 2 dan 4 petang. Selebihnya pagi... Mengikut pengalaman senior, mereka selalunya kena ajar kelas yg x ada exam besar. So, kemungkinan kitorang akan mengajar di sekolah petang.

Mmm....I just hope that I get the best from You, Allah. Harap2 semuanya okay n selamat belaka.



Buat bakal anak2 murid, selamat maju jaya n
we should know and learn from each other okay!
Align Center
Babai, Arrivederci!

P/S.. Tadi first time lalu terowong SMART. Teruk betul gaya memandu org yg berkereta mewah ni kan...sabar je lah...

10 April 2009

Latihan Mengajar

Selamat boowat semua...

Hari ni insegno dapat tau dapat Latihan Mengajar (LM) katne....



Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Keramat ( SMART )
Jalan Enggang Timur 4, Taman Keramat, 54200 Selangor Darul Ehsan.



Harap2 bebudaknya okay n dipermudahkan segala urusan AMIN.

Mmm... sebenarnya x tau nak cakap apa... Ada kawan2 yg dapat sekolah yang di luar jangkaan... SMJK, boarding school-SMK Alam Shah, St. John, Victoria institution...

Sekolah2 bagus, guru kena bagus. Sekolah2 itu perlu guru yg amat dedikasi, study lebih... make challenging environment n work drill n practice. They really concern the academic achievement...

While the school of mine, based on my study just now:

  1. Very active n good with their kawad kaki. St John, Puteri Islam...
  2. Bola tampar also...
  3. More women MT's
  4. Ada penyelia petang...maksudnya petang still got activities-loh!
  5. Veeeerrry gooood facilities. Especially in their ERT- Living skill room. Dengan mesin jahit, mesin jahit tepi, pengadun kek stainless steel...kooperasi macam mini market etc.
  6. The energetic student.
  7. Have myspace, friendster n own website.
  8. At the middle of SRK Tmn Keramat 2 n SRA integrasi.
  9. Start 1979.
My penyelia, Dr Chandran Somasundram-ISB lecturer-Plant Specialist.

Hope that everrything will flow smooth n steady... Insyaallah!

Baibai, Arrivederci! Tiamo Tanto!

08 April 2009

Jangan Tengok Kosong!

Selamat booowat semua...Sihat?

Apakah korang bernasib malang hari ini?

  • Kena tinggal bas rapid.
  • Tersalah beli sandal-x selesa bila dipakai...
  • Lambat dapat gaji.
  • Enjin bas T632 mati scr tiba2...
  • Tunggu bas lama...
  • Hujan, sandal masuk air-tercabut tengah jalan.
  • Color baju turun kat kain putih, susah tanggal.
  • Tertinggal assignment.
  • X de apa2 nak buat.
  • Berebut siaran TV.
  • X tau duit habis beli apa sem ni...
  • PA busy, susah nak cari....
Itu antara contoh2 yg insegno dapat pikir buat masa ni... Apa2pun, JANGAN PANDANG KOSONG perkara seperti ini...

Ia membuatkan kita berfikir tentang pro dan conts. Sebab dan akibatnya bergantung kepada kita...

Mungkin sebab aku kurang bersyukur dengan apa yg ada...
Mungkin aku selalu merungut...
Allah nak ajar aku bersabar...
Mungkin aku kurang mengingatiNya...
Mungkin aku kena berjimat...
Ada dosa2 kecil yg nak ditebus kot?
Aku kena pandai buat keputusan lepas ni... jgn redah je...
Bertimbang rasa dan bertenang menggambarkan kematangan...

Cakap pasal kematangan, insegno pernah tengok suatu insiden yg x patut berlaku kot...

Pada suatu hari, ada la budak lelaki cute miut ni datang ngan mak die. Tunggu bas nak g Mid kot. Budak ni boring la ckit...tgu bas lama...So, die main la dengan kucing kat situ. Budak, kalo tengok kucing mestila dikejarnya kan? Mak die puas dah larang...tapi nama pun budak2.


Budak ni main ludah2 ngan kucing tu... Sekali ludah budak tu terkena tangan sorang customer Burger Otai kat situ. Customer lelaki, student kot sebab die bawak backpack. Marah la die ni...muka marah die tok sah cakap la...masam giler macam nak wrestling n makan budak tu jadi daging burger je...

Rasanya budak tu x sengaja... Yg mak die pulak boleh buat derk je. Mmm... cane tuh?

Kalo mak Shin Chan, die akan tunduk mintak maaf kat student tu...


Siapa yg x matured? Ingat, jangan pandang kosong!

Kalau nak jadi seorang yg kreatif, rahsianya jangan pandang kosong... Keep asking why, why and why...

Sekarang ni kilat sabung-menyabung kat KK3. Budak darjah 3 ada belajar macam mana nak tau jarak kilat itu dengan kita...x silap insegno 2.7 km darab dengan berapa saat bunyi kilat tu sampai kat kita...

Semoga kita menjadi masyarakat yg berfikir...

Babai, A presto mia amica!

05 April 2009

Peristiwa Bersejarah...

Selamat buat semua...

Mmm... hari minggu ini agak membosankan. Bagi kaki jalan mcm insegno ni, dapat g midvalley pun jadikla...( kalo korang ada tahi lalat dekat kaki-mesti kuat jalan )


"Kenapa x g jer? Tambang singgit...Dekat lak tu..."

"dah 4 tahun-tempat yg sama-boring gak..." Orang kata kalo hati dah x nak, buat camne pun tetap x nak...macam2...


Harini Bunkface datang 11th RC. Fiesta Kuaz untuk Battle of the Band-stat pukul 9 malam. Semalam n harini ada Pesta Pemakanan Seimbang kat Midvalley sempena Hari Pemakanan Sihat...

Sape2 yang nak buat Sem Khas, esok-6th April jadual kuar. Register online pulak 13th April.


Apa lagi ek...Ha, semalam Najib datang Kerinchi-rugi rasanya x g tengok. Tapi x pe, beliau akan datang sini lagi huhuhu...Cantik gambar Mahathir ni...


Kawan2 yang amek KPM3 ada finals 15 hb ni. Good luck ok! Wat lek lok tau... Kalo ngan Norjo mesti lagi susah...Ye ke?

Jumaat ni kawan2 SEP ( Sains dengan Pendidikan ) akan tahu dapat LM kat sekolah mana...Amek buku Lesson Plan skali...Insegno cuak jugak ni. Yelah, asyik mimpi dapat kat sekolah nakal je...

Teringat cerita Nani tentang SMK dekat NS... Mintak simpang la ek... Insegno berdoa agar mendapat yang terbaik dariNya.

Hari Jumaat lepas Kelab Kaunseling KK3 bagi sesi lepas kot- buat jamuan ringan kat Pendidikan. I can't go...keje. Thanks ya for da thumb drive! Cam tau2 je insegno nak guna....nasib baek x beli masa Mini PC fair kat Bilik Sidang haritu...

BBB balik rumah lagi... bilik panas katanya. Mmm... k nik faham. Dulu masa 1st year, diri ini telah menghadapinya... Lucky me, i then move to block C till now.

Korang perasan x yg Sahur cafe dah lama x ada carrot susu. Mmm...kena beli carrot sendiri gamaknya...

Ada benda yg insegno x puas hati ni. Haritu ada projek kolej terbaik kutip deposit bas untuk ke Subang. Then, they peruntukkan 3 hari je untuk amek duit tu balik.

Mesti ada yg x sempat kan? So, kol A-suruh forward kat B. Kol B, x dapat-off tepon. I hate this birokrasi. Dah agak benda ni memang akan berlaku. So, bila dah tawar hati-lu piker la sendiri....

Inilah yg dikatakan nama mahu, tgjwb relax dulu... Harap2 pemimpin masa depan kita x macam ni okay?

Semoga kita dapat menjalankan tgjwb di dunia n akhirat dengan baik...

Babai, Arrivederci!

02 April 2009

Terlalu fokus...

Selamat buat semua...

Moga kita semua mendapat yang terbaik sahaja dalam apa jua pekerjaan yang dilakukan hari ini...

Semalam insegno banyak berjalan...melihat dunia ini. Sesiapa yang kenal insegno mesti pelik kenapa la budak ni x kecek kelate macam yang lain?


Mmm... begini citernye. Insegno dibesarkan kat KL ni. Dulu kami duduk kat Selayang, pastu pindah kat Flat PKNS Jalan Kuching, sebab dekat dengan sekolah. Dah besar ckit baru pindah kat Taman Batu Permai... Semua tu area Jalan Ipoh. Lepas tu baru pindah kat Kelantan.

Insegno ke Jalan Ipoh untuk bayar maintenace rumah kat sana. Kenapa x suruh penyewa rumah je yg bayarkan? Bak kata Shahda...

Cane nak gtau ek... Penyewa ni macam2 pe'el, cukuplah dengan perangai penyewa sebelum ni. Siap tunjuk pisau Rambo lagi... So, better bayar sendiri since insegno ada kat KL ni...

Banyak yang dah berubah kat sana...Siap ada fly-over lagi. Rasa bingung kejap... Insegno ke sana naek bas metro dari Pasar Seni-singgit je. Dalam bas, macam2 orang ada...Melayu, Cina, India, Indon, Bangla, Afrika, Nepal...

Takut jugak, coz insegno gi sorang2. Nak wat camne, sume ada hal. Budak2 sekolah, makcik, pak cik, atuk, nenek...sume ada.

Just wonder, macam mana agaknya hidup seorang konduktor bas. Bukan apa, terkenang kaum2 lelaki di Malaysia ini bekerja kuat untuk menyara keluarga. Bila tengok pak cik konduktor bas tu, rasa insaf pulak. Penat weh keje die... jerit2, kena alert penumpang turun-naik sambil menyeimbangkan diri dalam bas... Betapa aku amat mensyukuri nikmat yang Kau kurniakan ini...

Bila dah sampai Jalan Ipoh nak masuk Taman Batu Permai, kena naik bas rapid T225 pulak. Try-n-error je nih... first time g sana. Sume info2 ni insegno tengok kat www.rapidkl.com.my...Macam biasa, penumpang ada dalam bas tapi pemandu x ada. Mungkin pegi toilet ke apa ke... Dalam bas tu ada ibu2 yang baru jemput anak balik sekolah... bercakap sesama sendiri. Insegno tersenyum je lah tengok anak2 comey tu...

Teringat masa mak hantar g skolah dulu... Tibe2 insegno noticed di kalangan ibu2 tu ada sorang akak ni die pakai baju rapidKL. Mgkin tukang sapu je kot...

Skali die la driver bas tu... I wonder again and of course feel amazed. X tau la akak ni dah brapa lama bawak bas sebab bila die lalu je depan buruh2 yg buat rumah area situ-semua ternganga tengok die... Ibu2 yang bekerja memang tabah dan cekal. Tabik la kat akak tu... senyum je dengan penumpang. P/S Penah tengok pak cik T631 n T632 senyum? Bertuah korang!

Kalo korang perasan kan, sebelah Flat Bukit Angkasa tu ada bangunan bercermin yg baru siap. Cuba tengok, ada x buruh wanita? Insegno pernah nampak mak cik Indon ni kerja gaul simen n tampal jubin kat tepi jalan tu...


Satu lagi dekat depan Fac Law ada satu area untuk tambah parking kereta. Cuba tengok sapa yg susun batu2 hitam putih tepi area tu. Pun dalam golongan mak cik jugak...

Korang pernah rasa penat gaul simen n angkat batu-bata? Insegno pernah buat keje tu masa mak bertekad nak buat pagar blakang rumah sendiri. Penat sampai period pun awal... Bayang sendiri la...

Mereka sanggup berkorban masa, tenaga, keselesaan dan impian masing2 untuk memastikan orang lain dapat mencapai impian mereka. Demi orang yg tersayang, semua perkara dikorbankan.


Insegno baru nampak realiti dunia ini yang sebenar kerana sebelum ini kita hanya bergaul dengan rakan2 yang bernasib baik, masuk universiti, dapat PTPTN... n macam2 lagi keistimewaan yg kita dapat. Tapi mereka terpaksa survive sendiri... Buat kerja2 yg biasa2 je... Pemandu bas, Konduktor bas, Kerja kilang.... jual berger...


Malas belajar? X sume org suke belajar... X sume org suka ingat fakta... Tapi perasaan suka ni boleh timbul kalau " wayar yang tepat dapat dipotong". Bom x meletup, n semua org selamat. Tapi x semua org dapat potong wayar yg betul macam kita... kita selamat, mereka meletup.

Itulah, " kadang2 orang yg di atas kena tengok org yg di bawah. Dan lebih baik kalo org yg di atas membantu org yg di bawah untuk memanjat ke atas..."

Tugas guru amat berat kalo parents x tolong sama. So, nti kalo korang ada anak-tengoklah dan selamilah kehidupan mereka... Tegurlah mereka kalo ada salah, jgn dimanjakan sgt-takut tersalah corak.

Wokei, Babai...Alla prossima volta!

Ketololan April ?

Selamat buat semua...Korang perasan x?

Nama PM pertama Tunku Abdul Rahman.
RAHMAN

R-Rahman
A-Abdul Razak
H-Hussein
M-Mahathir
A-Abdullah
N-Najib, insyaallah...

Harap2 x berhenti sampai Najib aje...

Mmm... banyak benda yang berlaku hari Rabu ni... Pagi insegno ke kelas Dr. Habib, tengah hari ponteng keje untuk ke Jalan Ipoh nak bayar maintenance rumah n then malam pulak insegno ke DTC sempena Festival Seni. Tapi yang menariknya hari ini berkenaan peristiwa di DTC.

Malam itu adalah giliran Pop Band untuk perform. 13 band yang akan buat persembahan... Dimulai dengan 3rd RC sehingga waktu rehat. Masa tu ada dalam 7 or 8 kumpulan yang dah perform. Setahu insegno lah kan, sebelum ni kalo festival seni mana ada waktu rehat... selalunya go on aje... N selalunya mana ada suksis yang jaga DTC seramai itu... Mmm mungkin diorang nak kawal keadaan kot. Selalunya kalo Pop Band, ramai yg datang tengok...

Bersambung pulak dengan band dari 12a. Lepas tu tak silap insegno turn 12b. Dalam setiap persembahan ada 2 part. Instrumental n vokal. Masa part instrumental 12b, tiba2 Encik Fadzli aka penyelia 3rd aka setiausaha Feseni 09 aka krew bang bang boom mintak diorang stop secara tibe2. Awat nih?

Insegno ingatkan persembahan 12b tu ada something wrong. Lagu terlalu rock ke, or peserta terlalu taksub ke or mcm2 lah. Sekali beliau cakap...

"Diminta band 12b berenti sebentar. Saya sebagai setiausaha Feseni 09 ingin meminta kerjasama semua untuk bertenang. Sila keluar dari dewan ini dengan tenang kerana kita ada masalah berkaitan keselamatan DTC ini" Lebeh kurang camtulah katanya....

Nak percaya atau tidak? Beliau adalah krew bang bang boom... Mmmm camne kawan2... So, kamek dengan x relanya kuarlah dari dewan itu dengan fikir macam2.

"Ini kalo Bobo kuar ni, mati aku belasah ni...."

"Ada orang buat panggilan palsu kata DTC ada bom..." Pulak dah...

"April fool nih...tak caye aku..."

"Kalo bomba datang baru aku percaya..."

"Mmmm....agak2 bole ke kita tuntut duit tiket ni balik?..."

"Nasib baek 3rd dah perform. Kalo x kempunan la aku...Yg x perform lagi cane ah? Bengkek we kalo tau memang April fool...Penat practice weh"

"Macam tau2 je aku x isyak lagi. Nak suruh balik solat dulu la tu....mmm"

"Ada band x puas hati kot dgn performance dorang...sebab tu die wat panggilan palsu...nak perform lagi skali...." Ye ke...

"Mgkn ada unsur2 maksiat, ada org x suka..."

Tapi insegno still tunggu kat seberang jalan DTC dari pukul 10.40 sampai 11.30... mana tau olok2 ke...Kemudian ada 2 kereta polis datang...mmm masih x caya...

Pastu ada van polis datang... insegno dah cuak... mana tau kalo bobo ada kat dalam tu... teruk kena belasah dengan diorang nih... Jangkaanku meleset, skali ada...

Robot yang berfungsi khas untuk mengesan bom dalam van tu... Ini seriyes? Pak cik Keselamatan suruh kitorang balik je... Die kata dalam 3 or 4 pagi baru settle siasatan... nampak macam real tapi perlukah diri ini mempercayainya? Esok kuar berita x agak2?

Kalo betul April fool, memang fool orang yang buat tu... berilmu tapi tak berfikir... kecik2 tak nak ------, besar2 menyusahkan orang...

Kalo bukan April fool, time kasih banyak2 kepada pihak um, keselamatan n polis coz menjalankankan tanggungjawab...

Ada positif n negatifnya apa yang berlaku tadi. Ianya bergantung kepada pendapat setiap individu...

Okaylah, lapar pulak rasanya bila banyak berfikir nih... nak makan biskut tiger dulu ek.

Babai, arrivederci!

P/S Insegno balik dulu sebab dah lewat... Tapi dengar kata diorang sambung balik lepas tu...

31 March 2009

Kita suke makan megi...

Selamat buat semua...

Hari Selasa, macam biasa kerja penuh... Penat? Nak penat apenyer, just ngadap komputer n alter aka betulkan ejaan yang salah kat soalan2 online bestscorer je... salah eja, jawapan salah, gambar rajah x tepat....itu aje. Berbaloi-la dengan RM3 sejam.

Tapi harini agak penat gak coz soalan untuk dicek dah abes. Hari ni keje2 meng key-in. Penat gak rupanya jadi peng'key-in' ni...bukan pengkid la...peng'key-in'...sebut tol2...kikiki. Harini insegno belajar camne susahnya menjadi kerani...jurutaip...o keje2 sewaktu dengannya...

Yolah, dulu abah stat keje jadi kerani syarikat insuran... Insafnya diriku ini... Luv abah very the much! (camne nak jadik cekgu BI nih...)

Tambah2 lagi tadi sistem wat hal... kita dah masuk kod yang betul-Form 2, tapi kuar pulak Form 1... terkial2 cari soalan tu dok kat mana... nasib baik la expert gak, jumpe akhirnya. X sie2 keje kat situ 3 bulan....hehehe...

Rupanya k nana buat rawatan mata... Semoga beliau cepat sembuh n makan ubat tepat pada waktunya...( bak kata kak Intan- kawan baek kak nana )

Habes keje, terus tunggu bas kat Pantai Hill Park. My lucky day again... dalam 1 minit bas T632 sampei...( macam tau2 je aku penah kutuk ko, buat baek la tuh...huhu ). Kat stesen u ada satu lori Mamee mee segera... Gilo ape jual maggi guna lori... ( macam yang lori nescafe n milo free zaman skolah dulu... ) Tapi kalo Azimuddin car kuew tiaw, dibenarkan...huhu... sedap x terkata, sampai terbeliak mata tengok asap n udangnyer....lapar la pulak...


Tapi megi ni bukan bagi free saje2... siap divideokan lagi... macam giler glamer pulak, padahal megi jer hehehe...Insegno x suker glamer2 ni, so ditolak dengan baik la kirenyer...lagipun insegno x leh makan megi, pening kepala nanti...

Ingatkan budak remaja jer yg minat megi nih... Rupanya org tua pun minat gak. Masa insegno naik bas yg sama nak masuk UM, pak cik tu bole tegur satu kapel ni, "sedap kan? Perisa tom yam kan? Emm, tom yam memang pedas ckit. Pak cik pun dah try tadi".... any komen?


Kesimpulannya megi untuk semua, bukan remaja sahaja yg sukakannya... Lagipun sekarang ni harga megi mahal ckit... dulu dlm 3 hengget dapat la, sekarang kureng2 pun 5 hengget...


Teringat Mail dalam citer Upin Ipin, " Dua singgit! " Mmmm...

Sampai cni je... insegno nak makan ni..tapau kat DM tadi...

Baibai, A presto!

30 March 2009

Syukurilah...

Selamat buat semua...

Apa yang berlaku hari ini amat memudahkan urusan insegno...urusan yang dimaksudkan termasuklah test, bukak akaun, anta assignment dsbg. Prof. Cinzia harini kata exam tak jadik la hari ni. Kita buat khamis ni...huhuhu cam tau2 je insegno x stady sangat weekend haritu kekeke... masa masih ada untuk insegno memantopkan ke'stady'anku ini...


Tadi insegno g bukak akaun CIMB kat cawangan UM dekat blakang DTC. Ye lah, online banking punya pasal... takkan nak tumpang akaun Shahda je untuk amek gaji keje kat Getra tu... Kesian kak Nana.... balik2 insegno kata "Bank Islam adalah, kak Nana!" hihihi... anyway, luv u kak nana. Akauntan yang sempoi...I like!

K, k sambung kat CIMB tadi. Sebelum ni insegno dah amek borang untuk akaun CIMB islamic. Complicated sesangat! 5 page weh nak isi! Macam nak wat assignment je....X pe, insegno bawak balik bilik dulu la, isi kat bilik. 3 minggu kemudian... insegno pun bawak la borang tu ngan salinan IC n Matrik card. Encik yang handle bahagian tu kata,

" Cik dah amek borang ni brapa lama? Mesti dah lama kan? "

A'a, ngape encik? X cukup lagi ke yang saya isi nih?" X tau ape motif soalan nih...konfius2.

" Ini borang lama ni. Borang baru sehelai je, bukan apa, ramai customer complaint borang sebelum ni complicated sangat."

A'a memang Complicated pun... Kalo borang masuk U ke x pe gak... kekeke Borang yang baru tu sehelai sepinggang je. Just info yang penting2... I like!

Insegno pun gatal tanya, " Awat ubah encik, penat je saya isi borang ni..." Merajuk la konon...

"Oh, setiap borang kat Malaysia ni kena dapat kelulusan dari Bank Negara...bukan leh tukar suka2 hati je" Ohh...begitu...alasan yang munasarawak....

" Cik ambil nombor dulu, tekan E. Lepas tu Cik tunggu kejap ek sebelum dipanggil" Kekeke... dah macam sepital dah-ha. Dalam 10 minit gak tunggu nyer.

"Cik, IC ada?" Insegno pun tunjukla IC yang dah 10 minit berkulat depan mata die..." Opps, sory2, x nampak..." Okay, layan jer...

Canggih jugak la prosedur die. Scan je dah kuar gambar IC...ketinggalan zaman jugak aku ni. Ye lah, asyik gi ASB Pejabat Pos je... Kad ATM pun dapat masa tu jugak...magnifisen saver sungguh...okay2 gua dah kagum ni...

Dah selesai segala, encik tu pun suruh la insegno deposit kan pitis RM20, student murah je dapat. Ingatkan kena g kaunter, macam biasa. Skali die suruh guna ATM untuk deposit tu.. maner lah gua ketahuan. Gua pun nengok la owang buat. Terpinga2 gak. Ku sedar diriku dipperhatikan oleh Encik tadi...

Die pun mai, " apa kata cik tukar pin number dulu." Okay, ku serahkan saja pada yang pakar. Lepas tu insegno depositkan duit tu dalam mesin deposit. Canggih weh! X yah amek nombor nak masukkan duit. Membazir masa je...


Pastu terus je daftar untuk CIMBclicks... Bereh kijo ambo. Tapi yang memoningkan skali adalah memilih Id dengan password. Id kena ada huruf dan number, password pun. Tapi password 8 characters shj. Terpinga-pingalah diriku ini memikirkannya...

Lepas decide sume, i said' " boleh x kalo saya tulis dulu id n password ni-takut lupa beb. Kalo dah lupa masalah birokrasi akan menjelma... Encik tu okay je...mungkin dah ramai yang macam insegno kukukku...

Thanks Encik Nazirul Fitri! Bagus deme melayan customer nih. Gue tabik! Card CIMB islamic tu kaler ijau. Bertambah tebal-la purse gue dengan kad2 inih...

Tadi kelas dengan Dr. Habib Mat Som untuk prinsip tekno... Ini adalah kelas yang paling insegno suka. Insegno menggelarnya kelas di luar kotak. Apa yang berlaku di dalam his lecture x berlaku dalam lecture lain. He told us the story behind the theory that we learn.

Termasuklah kisah benar di sekolah, budaya sekolah, perangai cikgu2, perangai murid2 termasuk perangai pengetua sekali. Kadang2 macam x caye tapi kena percaya sebab beliau amat berpengalaman n menjadi bahan rujukan. But he is good in considering the assignment.

" Nanti hantar masa kelas yang terakhir okay?" Gumbira hati ini mendengarnya...Pensyarah lelaki memang consider... pensyarah perempuan? Due date memang jelas, lagi bersuluh. Tok sah cakap la ketegasan yang berpanjangan itu... Tapi bukan semua tau! Most of them sahaja...jangan salah tafsir, bulldozer!

Semuanya smooth n steady jer. Semoga hidup korang pun macam insegno jugak... Semoga segala urusan kita dipermudahkan di dunia dan di akhirat kelak...Amin.

Babai, A domani!

29 March 2009

Pentingkah Hiburan?

Selamat buat semua...


Semalam konsert ketiga AF, Obri dan Rini tersingkir. Ingatkan sorang je... last2 belasah 2 orang terus... Emmm, insegno x de nak komen apa2 coz kalah menang memang adat pertandingan. Apa2 pun, he is now one of the artist under Astro Entertainment. Obri dah pegang title artis dalam industri seni Malaysia. At least AF help him to bring up his talent and presenting it to people out there... Thanks to AF.


Harini insegno liat nor nak bangun. Sejuk betul pagi ni, sampai krem kaki rasanya. Pagi ni breakfast nasi lemak kat dewan makan. Selalunya kalo makan nasi lemak DM KK3 ni, tengah hari masih terasa kenyang-x lalu nak lunch. So, insegno tapau 2 skali... hehehe... jangan marah ek. Sah2 lauk tengahari x best nyer...

Sekarang ni insegno tengah dengar Hotfm 30, bersama Farah Fauzana n Ally Iskandar. Hari Ahad ni ada 2 pesta hiburan. Satu dekat Pahang-Jom Heboh n satu lagi kat Johor untuk ABPBH. Dua2 ada konsert... Mmm, apa pendapat anda?

Industri muzik semakin luas pengaruhnya berbanding industri lain. Sekarang pun kumpulan Indie dah stat menembusi pasaran Indonesia. Kumpulan Hujan sebagai contoh. Kenapa remaja or muda-mudi sekarang suka lagu2 diorang? Mungkin apa yang dinyanyi tu ada kena mengena dengan kehidupan mereka. Senang nak nyanyi, senang nak ingat, irama yang simple, ayat2 moden, jiwang yang ringan dengan penggunaan ayat2 sempoi dll. Kalo korang tengok balik lirik lagu diorang, x ader ayat yang bunga2 macam lagu Fauziah Latif-Teratai Layu di Tasik Madu.


Lirik indie ni berkaitan dengan gadjet remaja-telefon bimbit, radio, sms... Cara sebutan yang relax. Walau lagu tu sedey, tapi diorang nyanyi macam redha je. Bagus gak cara ni coz boleh kurangkan stress. Macam lagu Hujan-Bila Aku Sudah Tiada. Die dah nak 'tiada' tapi still bole jalan2, relax2 seolah2 bercakap dengan pendengar. Pastu lagu diorang jugak-Dugaannya. Kalo korang x dengar lirik leklok, korang x akan tau apa emosi yang sebenar penyanyi tu. Lirik yang agak universal dan general.Setiap orang boleh tafsir lagu itu berdasarkan pengalaman masing2. I like!


Cuba korang dengar lagu Bunkface. Lirik diorang x brapa jelas tapi sedap didengar. Translate dari BI ke BM, bunyi nya macam lagu omputih tapi still BM. Diorang memang memanfaatkan zaman remaja diorang sebab diorang tahu taste remaja sekarang. Lagu Situasi (situation) dgn Revolusi (revolution)- memang best untuk didengar n kepala pun goyang2 sama. Kalo tengah happy, layan lagu tu memang syok.


Kalo dulu lagu Aishah-Janji Manismu, emosi ditonjolkan dengan bersungguh2. Baling bunga tanda benci yang teramat n melepaskan stress. Pada zaman itu, thumbs up! Tapi zaman ini orang akan kata SS, Lebeh2 dsbg. Korang ada dengar lagu Yuna-Dan Sebenarnya dgn X-Ray dari Nabila Huda? Ia berkenaan ketidakpastian seseorang terhadap cinta. Disampaikan dengan kreatif dan bersahaja walaupun dalam hati bercampur-baur antara keyakinan terhadap si dia dengan status cinta itu. Suara yang biasa, x perlukan kekuatan vokal-cuma perlu konsisten. Itu trend sekarang. Simple but nice!

Insegno saje beri pendapat amatur. Itulah gunanya blog kan? Huhu... As a future teacher, I need to know all this because my client will be students aka peminat muzik trend terkini. Guru sebagai seniman-menggunakan minat pelajar untuk 'hook' minda pelajar terhadap subjek tertentu... Untuk melahirkan pelajar yang berkualiti dan mampu bersaing di peringkat global, Guru yang dilahirkan mestilah berkualiti.

Esok ada test bertulis Bahasa Itali, 15 % marks. Insegno baru stady 20 % jer kekeke... ye lah, hari minggu banyak rehat, banyak tdo. Okay la, let me study wokey... Semoga hari ini kita mendapat apa yang diinginkan!

Babai, arrivederci!

28 March 2009

Berjasa Kepada Semua...

Selamat buat semua...


Harini Sabtu yang bermula penuh dengan semangat. Kenapa? Malam ni Earth hour, 8.30 malam sampai 9.30 malam. Seluruh UM terlibat n semalam Cik Khal wat announcement yang KK3 pun akan tutup lampu korridor pada waktu itu... Dalam umisisweb pun ada peringatan ni... Baguslah, at least ada jugak pihak yang prihatin dengan masalah pemanasan global.


Walaupun insegno rasa sikap itu lebih penting untuk diubah. Berjimat, Menjaga kebersihan persekitaran... itu lebih penting. Tapi biasalah, kita suka buat apa yang orang lain buat... ikut orang je...


Harini jugak insegno dok sorang2. Ecah balik kampung, ada saudara kahwin katanya. Dek Dah pun sama jugak, sepupu kahwin. Mmm... dalam 2 minggu lepas ada jugak kawan SEP yang kahwin... Insegno x sedar dah umor 23 tahun... Mood SPM 2003 masih ada, masih 17 tahun rasanya huhuhu... korang macam mana? Cepat betul masa berlalu... Apa akan berlaku 10 tahun dari sekarang? Tahun 2019 aku akan....( berfikir sejenak )


Berita pagi ni tentang kemalangan maut 4 pelajar Uitm Endau amat mengejutkan insegno. Dah la semua lelaki... PTPTN burn macam tu je... Harapan bangsa dan negara.... Takziah untuk keluarga mereka. Insegno faham sangat perasaan bila kita kehilangan seseorang yang menjadi harapan keluarga. Pelajar universiti memang amat berharga kepada negara... So, kawan2 jagalah diri ek- anda amat berharga.

Wokey, sampai sini saje k... Semoga harini segala urusan yang dirancang akan settle dengan jayanya...ceee

Arrivederci! Luv U all!

26 March 2009

Saje Nak Pikir Masalah Orang Lain...




Selamat buat semua…
Insegno ni x der lah baik sangat orangnyer… bak kata P. Ramlee, ‘ tapi manisnya ada…’ Tetapi kalo dalam bab yang hidup bermasyarakat ni semua orang kena jadik baik x kiralah apa pun yang berlaku….bekerjasama, tolong-menolong, bertimbangrasa dsbg. Tambah2 lagi kalo benda tu kita berkongsi ramai2….
Maknanya ramai orang yang nak pakai kemudahan tu jadi ia perlulah dijaga dengan baik…x gitu? Kalo x dijaga dengan baik gak camne? Buang sampah dalam sinki? Tak tutup air lepas guna? Adakah tindakan2 ini berpunca daripada system pendidikan kita yang lebih menekankan pembangunan IQ- intelligent quality ataupun EQ- emotional quality? Tapi sebenarnya kita telah memisahkan kedua2 kualiti ini. Ini x patut sebab kedua2 elemen ini perlu ada pada setiap manusia dengan kadar yang seimbang…x caye? Mai kite tengok pemerhatian yang insegno buat ni…
Lihat dunia sekarang di Malaysia. Orang yang lebih dewasa banyak bertindak menggunakan EQ. mengapa, bagaimana? Tahap pemikiran orang dewasa telah mencapai tahap mengaplikasi, mensintesis dan mereka cipta. Masa nilah nak cuba resepi baru, nak turunkan berat badan dan nak cuba spoiler baru kat kereta, nak rogol anak dara orang, nak merompak. Melakukan eksperimen merupakan kesukaan golongan ini.
Kenapa? Sebab mereka nak menguji kemampuan mereka dalam membuat keputusan…then, nak tengok apa yang berlaku kepada target. Bukan insegno nak kata yang mereka x fikir, tapi kurang berfikir. Ikut emosi jer kalo nak bertindak. Cikgu pukul anak murid lebeh2… yang insegno tahukan, cikgu x boleh sentuh pun student die…X LEH SENTUH OKAY. Saje, nak mengingatkan insegno sendiri kalo nak praktikal nanti….

Golongan dewasa banyak bertindak berdasarkan pengalaman hidup mereka. Bila dah dewasa ni kemampuan untuk mengingat akan kurang. Kemampuan untuk memahami akan sesuatu akan kurang. Sebab itu orang dewasa lebih rela x faham dengan buat2 faham daripada dikatakan lambat pick-up. Malu-lah beb, gua yang paling tua, tapi gua x faham mende yang budak tu cakap…huhuhu…dunia ni dah terrrbalik… sebab tu kalo kita tegur orang yang lebih tua, die wat x tau jer… malu nak berubah.
Bak kata Saidina Ali, ‘ilmu pengetahuan tu x terbatas. Untuk menerimanya, jangan tengok siapa yang bercakap tapi tengok apa yang die cakap’-lebeh kurang macam tu lah… tapi orang dewasa suka tengok siapa yang cakap…bukan apa yang die cakap. Tu maksudnya malas pkirlah… aku suka orang ni, aku undilah. Aku suka artis ni, aku undilah. Biarlah die ni nyanyi apepun...aku suka die. Sume orang suke die, aku pun kena suke die….hahaha…ayat ni macam ayat orang yang BERKEPENTINGAN….huhuhu…itulah sikap orang dewasa.

Okay, sekarang kita tengok bebudak kecik. 4 tahun dah anta tuisyen. Kenapa? Nak dapat banyak knowledge lah. Masa ni, IQ level berada pada tahap yang terbaik. Manusia ada lebih kurang 60 billion sel otak. Ia tidak boleh bertambah. Tapi boleh berkurang. Macam mana ia berkurang? Dengan makan bende2 yang x elok lah. Minum arak,makan makanan segera dsbg. Cuba relate balik, sape yang suka makan bende2 gitu sekarang ni? Orang dewasa kan….haaa….
Berbalik kepada budak2 tadi….

Masa diorang kecik, kita dah tetapkan ini kamu boleh buat, ini kamu x boleh buat. Kalau nak apa2 bagitau mak or bagitau bibik. Mereka dimanjakan. Sepatutnya kanak2 perlu dibiarkan bermain sehappy2nyer dengan kawan masing2. Nak tau macam mana sepatutnya budak2 ni menghabiskan masa lapang? Tengok-la Upin Upin n kawan2. Mereka berimaginasi, bermain, belajar malah menerima pendapat orang lain dengan hati yang terbuka. Tapi kita x tau sebab kita dah lupa macam mana zaman kanak2 kita.
Bila semua orang anta anak g tuisyen, kita pun nak anta gak. Sebabnya kita x mau ketinggalan dalam mendidik anak2 dengan cara yang latest. The latest way is not always right. Tengok macam windows XP dengan Vista. Vista lagi latest tapi XP lebih berkualiti…and one more thing. Majority is not always right. Cara belajar yang bagus bagi kanak2 adalah dengan bimbingan ibu bapa. Sebab mereka akan rasa lebih dekat dan lebih mudah untuk berkomunikasi. Macam kita-lah jugak. Kalo kita x kenal orang tu, nak ke kita tegurnya? Karang diorang kata x betul pulak budak ni…kekeke…

Pada zaman kanak2 kini, media massa kerap menyekat tahap ke’bermain’an diorang. Yelah, cerita tengah best masa waktu petang. Padahal masa tu sepatutnya diorang g main beskal ke, main masak2 ke, kawin2 ke… insegno masa cuti sekolah suka tengok kartun kat TV9. Memang best sangat. Sampai my frateli pun tonton gak. Tapi diorang lebih mementingkan main kat luar lepas pukul 5.30 lepas habis spongebob. Sejak pukul 2, IQ mereka telah terbentuk. Mereka belajar cara2 menggunakan bahasa melayu, ilmu2 baru pada kartun tu dan mereka belajar untuk berimaginasi… itu situasinya bagi budak2 kampung. Mak bapak percaya dengan kejiranan yang mereka kenal, mereka percaya supaya dapat sama2 memerhatikan anak2 mereka bermain.

Kalo budak2 bandar canmne? Semester khas haritu insegno tinggal dekat flat rumah sewa kawan insegno, Shahda. Haha, petang2 mana ada budak2 kuar main dekat rumah mereka. Main kat taman permainan? Ada, tapi x ramai-becoz mak bapak takut dengan keadaan kejiranan. X selamat, suram, gelap dsbg. Tambah2 pulak mak bapak sibuk dengan urusan duniawi mereka. Bibik nak tolong jaga ke? Bibik pun banyak keje ma… alahai, apa susah2 main dalam rumah je lah… dalam rumah? Mana boleh main dalam rumah, mama beli pasu bunga, papa beli TV plasma. Nanti kalo tengah main pecah ke ape ke…kena marah pulak…kesian. Langkah yang baik ialah bermain dengan program TV.
Kalo x pun pegi belajar… Susah jadik anak orang kaya nih… betullah, nak apa2 dapat-cakap je…. Tapi waktu kanak2 mereka amat tidak seronok. Akibatnya bila EQ lemah, IQ kuat jadiklah macam seorang insan yang berlagak, budget tahu semua macam……. Die tahu apa yang die perlu buat tapi die x consider sensitivity orang lain dalam hidup bermasyarakat. Die nak hidup sorang2… boleh jadik giler wey hidup sorang2… bayanglah macam mana nanti nak hidup sorang2 dalam kubor…seram sejuk mendengornyer…
Apa yang insegno fikir ni memang ada logiknya sebab kita bukan nak hidup sorang2, tapi nak hidup sama2. Berilah priority kepada pihak yang berhak. X mampu bersabar? Sabarlah, kerana sabar itu separuh daripada iman. Apa yang kita boleh buat adalah biarlah yang membuat kesalahan itu mendapat balasan mereka di dunia dan di akhirat. Itu semua hanya ujian Allah kepada mereka…bagi insegno, orang yang berpolitik ni tak ada yang betul dan x de yang salah. Mereka datang dari latar belakang yang berbeza.

Mereka dah EQ kan permasalahan orang lain untuk diusulkan di peringkat yang lebih atas. Kalo sume ahli politik ni dah consider macam2, x ke Dewan rakyat akan jadi haru-biru? Itulah sebabnya kita terkejut tengok siaran langsung tu kat TV. Patutlah Tun Dr. Mahathir x mo tunjukkan aksi kat dewan rakyat. Die sebagai orang tua dah piker dah tentang akibatnya bila kita terlalu terbuka.
Sepatutnya terbuka yang berpada2…barulah aman dunia. Contohnya bila ada budak2 tanya mak bapak, ‘adik keluar dari mana mak?’ huhuhu…sebab tu owang puteh bagitau yang ada burung yang hantarkan adik ke rumah…keterbukaan perlu ada batas okay? Macam mana orang kita jawab soalan budak tadi? Emmmm…ko Tanya ayah la…x pun jawab camni-ah, x payah tahu. Nanti kau besar kau tahulah… sekat terus perkembangan pengetahuan diorang…tegaslah katakan…. Sebenarnya ada cara nak jawab soalan2 ni…nanti kite bincang okay.

Kesimpulannya, kalo kita masih nak hidup macam ni…ada satu je cara untuk seseorang individu itu berubah menjadi lebih baik mengikut peringkat umor;.
Kalo die masih budak2, beri die lebih masa untuk bersosial.
Kalo die remaja, bagi die lebih masa untuk memegang banyak tanggungjawab. Supaya die dapat menyeimbangkan IQ da EQ nyer.

Kalo die dewasa, die perlu berusaha untuk mengumpul pengalaman dengan belajar dan menerima pendapat orang lain.
Masalah settle! Mission accomplished!

Babai, arrivederci!
P/S sekadar meluahkan apa yang telah terjadi…

25 March 2009

Apa Yang Penting...Kerjasama!

Selamat buat semua...
First thing first, I miss Norsafatul Aznin and Safinas Hanoum soooo much! Hehehe....
Walaupun korang asyik reply message Nik sebulan kemudian, x pe lah-diriku ini memahami akan kesibukan mu....Luv both of u!


Apa yang berlaku kat UM sekarang? Yang paling syok, Festival Seni 2009. Pasukan KK3 Tarian Tradisional dapat no. 3 n pasukan Tarian Kreatif dapat no. 5. Itu yang berlaku kelmarin n semalam...insegno pergi masa tarian tradisional je dengan umi, saadah n dek dah. Pastu BBB pun ada jugak... yang menang macam biasa dari Kolej 12b dengan Tarian Zapin Tawaunya... sekali tengok macam tarian Bollywood, dua kali tengok macam shuffle pun ada kekeke... tapi memang menarik malam tu... walaupun hujan renyai2 tapi the pertandingan still happening...

And UM also support Earth Hour 28hb ni. Tutup lampu 8.30 sampai 9.30 malam ni...
Semalam, serentak dengan tarian kreatif-ada malam uuntuk tuntut markah merit. So, ramai junior yang x pergi-lah... Macam selalu, bila nak tuntut dengan pengerusi JKP no problem. Tapi yang part last skali, bila nak amek t.tangan Presiden yang panjang tu... Pukul 12 malam, barisan masih panjang... apa nak buat dik, akak dulu pun macam tu jugak-tapi kalo ader kawan2 tu, mintakla tolong ckit okay...pandai2 korang-lah! Kerenah birokrasi ni ada sejak mak kita berebut katil hospital nak lahirkan kita dulu...( sekadar perumpamaan )
Tadi insegno baru lepas amek slip exam. Dua subjek je, Prinsip Tekno kat Audi KPS n Bahasa Itali kat BP. Insegno ternampak satu senarai nama pelajar yang dihalang dari menduduki peperiksaan... ada nama sorang kawan insegno. Terkejutlah jugak, tapi apa2pun insegno bersyukur sebab insegno diberi kekuatan untuk pergi kelas dan menunaikan tanggungjawab sebagai seorang pelajar universiti...Alhamdulillah...
Sebenarnya pagi ini sepatutnya insegno ke suatu tempat. Tapi insegno rasa insegno tidak patut ke tempat itu kerana kelak sia2lah 4 tahun pengajian insegno di sini...ke mana? Kalo korang peka dengan persekitaran Malaysia-korang akan dapat agak...kikiki...
Harini insegno ada beli Utusan Malaysia coz ada ESTIDOTMY dalam tu... ada faktas yang menarik harini iaitu;
Terdapat 3 Kategori Ikan
  1. Ikan bertulang keras
  2. Ikan bertulang rawan
  3. Ikan tidak mempunyai rahang; macam x caye je ada ikan yang x de rahang...
Keunikan zirafah
main keja2 ngan papa die...
  • Berat maksimum 900 kg n tinggi maksimum 5.5 meter...
  • Kaki depan zirafah lebih panjang dari kaki belakang...
  • Berat jantung diorang boleh mencecah 10 kg; cuba angkat kantung beras 10 kg tengok, larat ke tak nak angkat jantung cik ziraf nih kekeke...
Bawang Merah
  • Macam biasalah dapat kurangkan penyakit jantung, kencing manis; penyakit orang kaya
  • Melawan kanser coz die ada agen antibakteria
  • Mengurangkan risiko nyanyuk n Alzheimer... makan lah bawang untuk jadik pintar...huhuhu...
China menggunakan ular untuk meramal gempa bumi... Macam mana? Diorang dah buat kajian teerhadap ular dalam sangkar yang dibuat seakan2 habitat semulajadinya. Bila gempa bumi tu dalam 2 o 3 hari lagi nak sampai situ atau dalam 120 km dari situ, perangai deme ni macam buang tebiat-pelik. Diorang akan hantuk2 kepala kat pokok macam nak lepaskan diri and diorang kuar dari sangkar yang selesa itu semasa musim sejuk. Memang pelik... So, janganlah buli haiwan ok. Ada sebab kenapa diorang hidup... supaya kita boleh berfikir sejenak sebelum membunuh diri sendiri... coz kita ada akal untuk berfikir akan nasib baik kita yang dilahirkan sebagai manusia ini..


Insegno tertarik dengan satu topik ni... Kenapa bas sekolah warna kuning? Kenapa? Ingatkan sebab ada undeng2 suruh warna kuning, tapi jangkaanku meleset... Rupanya nak suruh senang nampak...aisehmen-buat gue tensen gtu... Fakta ni cakap, manusia paling alert dengan warna kuning pinang masak dengan hijau pucuk pisang. Kalo ada warna lain, kte kurang alert... So, saper2 yang ada baju berwarna seperti di atas-jaga2 ek coz ada orang yang memerhatikan anda! kekeke...
Menurut Albert Einstein, cerita 'back to the future' yang ada pelakon saintis rambut x terurus tu kan, ader logiknya. Coz, the wormhole-lubang cacing yang memisahkan waktu benar2 wujud... So, kalo sape2 nak jadik kanak2 balik- g lah cari lubang cacing tu ek... Panjang lubang cacing tu ialah 90 trilion km. Susah jugak nak carik lubang cacing nih... ingatkan bawah rumah jer...
Insegno nak kongsi ckit pasal insegno punyer oral test kelmarin... kena berdialog dalam bahasa Itali tentang your freetime, your house n cara2 mengoder pesanan di restaurant. So, I am not expected anything personal to be ask... skali die tanyer dah ader boyfriend ke belom? Nak kata aper ek... kalao kate x de memang x de, nak kate ader-tipu pulak... so, insegno teringat satu perkataan-"Secreto, profesoressa." Satu kelas gelak... apakah salahku dalam hal ini... Prof x caye rupanya. Die pun cungkil lagi. How old is him? Insegno sebenarnya x brapa dengar soalan die. Ingatkan die tanya insegno umo brapa... insegno jawab "ventitre anni". Die pun gelak, So-your boyfriend is 23 years old? Not secreto anymore-lah kan... Alahai, termakan kata2 sendiri huhuhu... x pe lah x der boyfren pun-yang penting nanti kahwin jugak kan? Apa punya falsafah aku guna nih...
Wokeylah, semoga kite sentiasa happy harini. Jaga emosi anda walaupun hormon kurang stabil ek... Kalo rasa nak marah, senyap je... tengok ttempat lain... okay, Arrivederci! Alla prossima volta!
P/S Hidup ini umpama Belle Speranze by Mafalda Minozzi...