
Harini Sabtu yang bermula penuh dengan semangat. Kenapa? Malam ni Earth hour, 8.30 malam sampai 9.30 malam. Seluruh UM terlibat n semalam Cik Khal wat announcement yang KK3 pun akan tutup lampu korridor pada waktu itu... Dalam umisisweb pun ada peringatan ni... Baguslah, at least ada jugak pihak yang prihatin dengan masalah pemanasan global.

Walaupun insegno rasa sikap itu lebih penting untuk diubah. Berjimat, Menjaga kebersihan persekitaran... itu lebih penting. Tapi biasalah, kita suka buat apa yang orang lain buat... ikut orang je...

Harini jugak insegno dok sorang2. Ecah balik kampung, ada saudara kahwin katanya. Dek Dah pun sama jugak, sepupu kahwin. Mmm... dalam 2 minggu lepas ada jugak kawan SEP yang kahwin... Insegno x sedar dah umor 23 tahun... Mood SPM 2003 masih ada, masih 17 tahun rasanya huhuhu... korang macam mana? Cepat betul masa berlalu... Apa akan berlaku 10 tahun dari sekarang? Tahun 2019 aku akan....( berfikir sejenak )

Berita pagi ni tentang kemalangan maut 4 pelajar Uitm Endau amat mengejutkan insegno. Dah la semua lelaki... PTPTN burn macam tu je... Harapan bangsa dan negara.... Takziah untuk keluarga mereka. Insegno faham sangat perasaan bila kita kehilangan seseorang yang menjadi harapan keluarga. Pelajar universiti memang amat berharga kepada negara... So, kawan2 jagalah diri ek- anda amat berharga.
Wokey, sampai sini saje k... Semoga harini segala urusan yang dirancang akan settle dengan jayanya...ceee
Arrivederci! Luv U all!
No comments:
Post a Comment