29 March 2009

Pentingkah Hiburan?

Selamat buat semua...


Semalam konsert ketiga AF, Obri dan Rini tersingkir. Ingatkan sorang je... last2 belasah 2 orang terus... Emmm, insegno x de nak komen apa2 coz kalah menang memang adat pertandingan. Apa2 pun, he is now one of the artist under Astro Entertainment. Obri dah pegang title artis dalam industri seni Malaysia. At least AF help him to bring up his talent and presenting it to people out there... Thanks to AF.


Harini insegno liat nor nak bangun. Sejuk betul pagi ni, sampai krem kaki rasanya. Pagi ni breakfast nasi lemak kat dewan makan. Selalunya kalo makan nasi lemak DM KK3 ni, tengah hari masih terasa kenyang-x lalu nak lunch. So, insegno tapau 2 skali... hehehe... jangan marah ek. Sah2 lauk tengahari x best nyer...

Sekarang ni insegno tengah dengar Hotfm 30, bersama Farah Fauzana n Ally Iskandar. Hari Ahad ni ada 2 pesta hiburan. Satu dekat Pahang-Jom Heboh n satu lagi kat Johor untuk ABPBH. Dua2 ada konsert... Mmm, apa pendapat anda?

Industri muzik semakin luas pengaruhnya berbanding industri lain. Sekarang pun kumpulan Indie dah stat menembusi pasaran Indonesia. Kumpulan Hujan sebagai contoh. Kenapa remaja or muda-mudi sekarang suka lagu2 diorang? Mungkin apa yang dinyanyi tu ada kena mengena dengan kehidupan mereka. Senang nak nyanyi, senang nak ingat, irama yang simple, ayat2 moden, jiwang yang ringan dengan penggunaan ayat2 sempoi dll. Kalo korang tengok balik lirik lagu diorang, x ader ayat yang bunga2 macam lagu Fauziah Latif-Teratai Layu di Tasik Madu.


Lirik indie ni berkaitan dengan gadjet remaja-telefon bimbit, radio, sms... Cara sebutan yang relax. Walau lagu tu sedey, tapi diorang nyanyi macam redha je. Bagus gak cara ni coz boleh kurangkan stress. Macam lagu Hujan-Bila Aku Sudah Tiada. Die dah nak 'tiada' tapi still bole jalan2, relax2 seolah2 bercakap dengan pendengar. Pastu lagu diorang jugak-Dugaannya. Kalo korang x dengar lirik leklok, korang x akan tau apa emosi yang sebenar penyanyi tu. Lirik yang agak universal dan general.Setiap orang boleh tafsir lagu itu berdasarkan pengalaman masing2. I like!


Cuba korang dengar lagu Bunkface. Lirik diorang x brapa jelas tapi sedap didengar. Translate dari BI ke BM, bunyi nya macam lagu omputih tapi still BM. Diorang memang memanfaatkan zaman remaja diorang sebab diorang tahu taste remaja sekarang. Lagu Situasi (situation) dgn Revolusi (revolution)- memang best untuk didengar n kepala pun goyang2 sama. Kalo tengah happy, layan lagu tu memang syok.


Kalo dulu lagu Aishah-Janji Manismu, emosi ditonjolkan dengan bersungguh2. Baling bunga tanda benci yang teramat n melepaskan stress. Pada zaman itu, thumbs up! Tapi zaman ini orang akan kata SS, Lebeh2 dsbg. Korang ada dengar lagu Yuna-Dan Sebenarnya dgn X-Ray dari Nabila Huda? Ia berkenaan ketidakpastian seseorang terhadap cinta. Disampaikan dengan kreatif dan bersahaja walaupun dalam hati bercampur-baur antara keyakinan terhadap si dia dengan status cinta itu. Suara yang biasa, x perlukan kekuatan vokal-cuma perlu konsisten. Itu trend sekarang. Simple but nice!

Insegno saje beri pendapat amatur. Itulah gunanya blog kan? Huhu... As a future teacher, I need to know all this because my client will be students aka peminat muzik trend terkini. Guru sebagai seniman-menggunakan minat pelajar untuk 'hook' minda pelajar terhadap subjek tertentu... Untuk melahirkan pelajar yang berkualiti dan mampu bersaing di peringkat global, Guru yang dilahirkan mestilah berkualiti.

Esok ada test bertulis Bahasa Itali, 15 % marks. Insegno baru stady 20 % jer kekeke... ye lah, hari minggu banyak rehat, banyak tdo. Okay la, let me study wokey... Semoga hari ini kita mendapat apa yang diinginkan!

Babai, arrivederci!

No comments:

Post a Comment