30 March 2009

Syukurilah...

Selamat buat semua...

Apa yang berlaku hari ini amat memudahkan urusan insegno...urusan yang dimaksudkan termasuklah test, bukak akaun, anta assignment dsbg. Prof. Cinzia harini kata exam tak jadik la hari ni. Kita buat khamis ni...huhuhu cam tau2 je insegno x stady sangat weekend haritu kekeke... masa masih ada untuk insegno memantopkan ke'stady'anku ini...


Tadi insegno g bukak akaun CIMB kat cawangan UM dekat blakang DTC. Ye lah, online banking punya pasal... takkan nak tumpang akaun Shahda je untuk amek gaji keje kat Getra tu... Kesian kak Nana.... balik2 insegno kata "Bank Islam adalah, kak Nana!" hihihi... anyway, luv u kak nana. Akauntan yang sempoi...I like!

K, k sambung kat CIMB tadi. Sebelum ni insegno dah amek borang untuk akaun CIMB islamic. Complicated sesangat! 5 page weh nak isi! Macam nak wat assignment je....X pe, insegno bawak balik bilik dulu la, isi kat bilik. 3 minggu kemudian... insegno pun bawak la borang tu ngan salinan IC n Matrik card. Encik yang handle bahagian tu kata,

" Cik dah amek borang ni brapa lama? Mesti dah lama kan? "

A'a, ngape encik? X cukup lagi ke yang saya isi nih?" X tau ape motif soalan nih...konfius2.

" Ini borang lama ni. Borang baru sehelai je, bukan apa, ramai customer complaint borang sebelum ni complicated sangat."

A'a memang Complicated pun... Kalo borang masuk U ke x pe gak... kekeke Borang yang baru tu sehelai sepinggang je. Just info yang penting2... I like!

Insegno pun gatal tanya, " Awat ubah encik, penat je saya isi borang ni..." Merajuk la konon...

"Oh, setiap borang kat Malaysia ni kena dapat kelulusan dari Bank Negara...bukan leh tukar suka2 hati je" Ohh...begitu...alasan yang munasarawak....

" Cik ambil nombor dulu, tekan E. Lepas tu Cik tunggu kejap ek sebelum dipanggil" Kekeke... dah macam sepital dah-ha. Dalam 10 minit gak tunggu nyer.

"Cik, IC ada?" Insegno pun tunjukla IC yang dah 10 minit berkulat depan mata die..." Opps, sory2, x nampak..." Okay, layan jer...

Canggih jugak la prosedur die. Scan je dah kuar gambar IC...ketinggalan zaman jugak aku ni. Ye lah, asyik gi ASB Pejabat Pos je... Kad ATM pun dapat masa tu jugak...magnifisen saver sungguh...okay2 gua dah kagum ni...

Dah selesai segala, encik tu pun suruh la insegno deposit kan pitis RM20, student murah je dapat. Ingatkan kena g kaunter, macam biasa. Skali die suruh guna ATM untuk deposit tu.. maner lah gua ketahuan. Gua pun nengok la owang buat. Terpinga2 gak. Ku sedar diriku dipperhatikan oleh Encik tadi...

Die pun mai, " apa kata cik tukar pin number dulu." Okay, ku serahkan saja pada yang pakar. Lepas tu insegno depositkan duit tu dalam mesin deposit. Canggih weh! X yah amek nombor nak masukkan duit. Membazir masa je...


Pastu terus je daftar untuk CIMBclicks... Bereh kijo ambo. Tapi yang memoningkan skali adalah memilih Id dengan password. Id kena ada huruf dan number, password pun. Tapi password 8 characters shj. Terpinga-pingalah diriku ini memikirkannya...

Lepas decide sume, i said' " boleh x kalo saya tulis dulu id n password ni-takut lupa beb. Kalo dah lupa masalah birokrasi akan menjelma... Encik tu okay je...mungkin dah ramai yang macam insegno kukukku...

Thanks Encik Nazirul Fitri! Bagus deme melayan customer nih. Gue tabik! Card CIMB islamic tu kaler ijau. Bertambah tebal-la purse gue dengan kad2 inih...

Tadi kelas dengan Dr. Habib Mat Som untuk prinsip tekno... Ini adalah kelas yang paling insegno suka. Insegno menggelarnya kelas di luar kotak. Apa yang berlaku di dalam his lecture x berlaku dalam lecture lain. He told us the story behind the theory that we learn.

Termasuklah kisah benar di sekolah, budaya sekolah, perangai cikgu2, perangai murid2 termasuk perangai pengetua sekali. Kadang2 macam x caye tapi kena percaya sebab beliau amat berpengalaman n menjadi bahan rujukan. But he is good in considering the assignment.

" Nanti hantar masa kelas yang terakhir okay?" Gumbira hati ini mendengarnya...Pensyarah lelaki memang consider... pensyarah perempuan? Due date memang jelas, lagi bersuluh. Tok sah cakap la ketegasan yang berpanjangan itu... Tapi bukan semua tau! Most of them sahaja...jangan salah tafsir, bulldozer!

Semuanya smooth n steady jer. Semoga hidup korang pun macam insegno jugak... Semoga segala urusan kita dipermudahkan di dunia dan di akhirat kelak...Amin.

Babai, A domani!

No comments:

Post a Comment